TAJUK:
PENGENALAN AKTA SYARIKAT
PENGENALAN
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 mentafrifkan perniagaan tunggal sebagai perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dibiayai dari segi kewangan dan pegurusannya dikendalikan oleh seorang individu sahaja. Ia lazimnya melibatkan perniagaan secara kecil-kecilan. Jenis perniagaan ini selalunya dimiliki oleh orang perseorangan dimana segala urusan perniagaan bergantung kepadanya. Tanggung jawab pemilik tunggal adalah tidak terhad. Sekiranya perniagaan tersebut gagal dan diistiharkan bankrupt, sipiutang (Creditors) boleh menyaman pemilik bagi menuntut hutang. Mereka yg mendapat arahan mahkamah boleh menuntut diatas harta persendirian pemilik tunggal. Termasul rumah, kereta dan sebagainya. Walau bagaimanpun entiti perniagaan ini senang dan mudah ditubuhkan kerana kurangnya formaliti yang perlu dipatuhi.
Perkongsian (Partnerships)
Perkongsian (Partnerships)
Sebuah perkongsian ditubuhkan dengan mendaftarkan penubuhannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perkongsian wujud dengan berbagai cara, antaranya : Persetujuan menjalankan perniagaan di antara dua individuPersetujuan menjalankan perniagaan perkongsian di antara dua ahli perniagaan (peniaga milik tunggal) tidak kira bentuk asal sama ataupun tidak selepas bergabung, asalkan bersetuju menjalankan perniagaan bersama. Persetujuan antara dua pihak (individu dan peniaga) menjalankan perniagaan bersama bagi tujuan bantuan modalTiada klausa dalam Akta Perkongsian 1961 menyebut tentang bilangan maksimum pekongsi, hanya menyatakan bilangan minimum pekongsi iaitu 2 orang. Namun Seksen 14(3)(b) Akta Syarikat ada menyatakan bilangan maksimum pekongsi sesebuah perkongsian ialah 20 orang. Walau bagaimanapun bagi perniagaan berbentuk profesional seperti guaman, akauntan dan arkitek, keahliannya boleh meningkat sehingga 50 orang. Dari segi perundangan perkongsian tidak dianggap entiti berasingan dengan pekongsi (liabiliti tidak terhad). Ini bermakna segala urusan yang dibuat oleh seseorang pekongsi akan mengikat perkongsian keseluruhannya. Contoh : Jika pemiutang (Creditors) menuntut wang dari perkongsian, setiap perkongsi bertanggungjawab melunaskan tuntutan tersebut. Jika mana2 pekongsi gagal melunaskan tuntutan tersebut, pekongsi lain wajib membantu untuk melunaskannya. Dari segi perundangan, perkongsian tidak dianggap entiti berasingan dengan pekongsi. Rujukan Seksyen 7, 8, 11 dan 12 Akat Perkongsian 1961. Terikat dengan surat ikatan perjanjian di antara rakan kongsi. Surat perjanjian perkongsian menentukan kuasa & tanggungjawab rakan kongsi & syarat-syarat lain.Rakan2 kongsi dikhendaki menyumbang modal menikut nisabh modal yang persetujui dalam Artikel PerkongsianKeuntungan dan kerugian diagihkan kepada rakan kongsi mengikut syarat-syarat dan nisbah modal yang disumbangkan seperti dalam Artikel Perkongsian.
SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN. BHD.)
Dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan entiti yang sah terpisah daripada pemilik.Dimiliki oleh 2 -50 orang pemegang saham. Pemilik Syarikat mempunyai liabiliti terhad. Pemilik/pemegang saham syarikat menyumbangkan modalSyarikat dianggota lembaga Pengarah sekurang-kurang 2 orang untuk mengetahuai dasar dan matlamat Syarikat. Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham Syarikat berhak untuk mengawal Syarikat tersebut. Saham Syarikat boleh dijual beli tetapi tidak dilakukan di pasaran di pasaran terbuka.Penjualan mesti dengan persetujuan pemegang saham yang lain. Tidak disenaraikan di BSKL. Jangka hayat perniagaan adalah panjang. Boleh dikenali dengan mudah, ada perkataan Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) pada akhir nama Syarikat. Contoh : Rasa Sayang Sdn. Bhd. Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menajanya, Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa. Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di Mahkamah, Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri, Tertubuhnya bersepanjang sehingga tindakan diambil bagi membubarkannya, (perpetual seccession) walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang meninggal dunia. Kelebihan: Liabiliti perniagaan adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja. Kontuniti atau Syarikat terjamin – iaitu Syarikat tidak akan dibubar dengan kematian seseorang pemegang saham. Kemudahan untuk mendapat modal. Kemudahan dari segi penukaran hakmilik. Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan. Potensi untuk perkembangan luas. Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan. Kekurangan: Rumit untuk diuruskan serta terikat dan tertakluk kepada Akta Syarikat. Cukai Pendapatan yang tinggi. Saham Syarikat tidak boleh dijualbeli melalui Pasaran Saham.
SYARIKAT AWAM BERHAD (BHD.)
SYARIKAT AWAM BERHAD (BHD.)
Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah agak sama dengan ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad. Perbezaannya adalah dari segi pemilikan perniagaan. Tiada hadnya bagi mereka yang ingin bagi Syarikat jenis ini. Menurut peruntukkan undang-undang, dihujung setiap nama Syarikat Awam Berhad mesti ditulis nama "Berhad". Pemegang saham bebas menjual dan membeli saham dipasaran saham tanpa memerlukan persetujuan dari sesiapa. Pekara-pekara lain seperti penubuhan, pendaftaraan syarikat, agihan keuntungan dan jangka hayat adalah sama seperti Syarikat Sendirian Berhad. Syarikat Awam Berhad juga adalah di bawah takluk Akta Syarikat 1965, dan mempunyai sifat-sifat yang sama. Sesebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah berjaya dan ingin menambahkan ahli-ahlinya iaitu lebih daripada 50 orang hendaklah mengubah bentuknya daripada syarikat sendirian berhad kepada syarikat (Awam) Berhad (Public Ltd. Company) Bilangan ahli Syarikat Berhad ini tidak terhad tetapi hendaklah sekurang-kurang tujuh orang. Penjualan Saham Syarikat Berhad boleh memepelawa orang ramai membeli sahamnya. Tetapi sebelum berbuat demikian, satu panduan rancangan (prospectus) hendaklah disiapkan dan diluluskan oleh Pendaftar Syarikat dan disiarkan diakhbar-akhbar tempatan untuk menerangkan kepada orang ramai kedudukan sebenar syarikat tersebut dan menyebutkan rancangan-rancangan yang hendak dibuat serta anggaran pendapatan dan tahunan syarikat ini mestilah disiarkan di dalam panduan rancangan tersebut dan Pengarah-Pengarah yang berkenaan adalah bertanggungjawab atas segala butir-butir yang terkandung di dalam panduan rancangan itu. Pengarah-Pengarah, Pegawai-pegawai Syarikat dan lain-lain pihak yang berkenaan boleh didenda di Mahkamah jika panduan rancangan ini mengandungi butir-butir yang palsu. Syarikat berhad yang kecil tidak perlu mengeluarkan Prospektus. Apa yang diperlukan ialah Statement in Lieu of Prospectus yang telah diluluskan oleh Pendaftar Syarikat. Saham Syarikat Berhad ini juga boleh dijual-beli melalui pasaran saham (stock exchange) dengan syarat keahlian syarikat ini tidak terhad kepada mana-mana satu bangsa atau kaum. Sebelum itu Syarikat tersebut hendaklah mendaftar dirinya dengan Pasaran Saham tersebut dengan bayaran-bayaran tertentu. Organisasi Syarikat Organisasi syarikat berhad adalah sama dengan syarikat Syarikat sendirian berhad iaitu ia mempunyai Lembaga Pengarah yang memegang teraju syarikat. Penubuhan Cara-cara menubuhkan syarikat dan bayaran penubuhan syarikat berhad adalah sama dengan syarikat sendirian berhad iaitu mengikut modal yang dibenarkan (authorised capital). Walaupun demikian, adalah diingatkan bahawa kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 ke atas syarikat berhad adalah lebih rumit lagi daripada yang dikenakan ke atas syarikat sendirian berhad. Salah satu daripadanya ialah syarikat berhad dikehendaki memajukan imbangan kira-kira tahunannya yang diaudit bersama-sama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun. Mereka yang ingin menubuhkan syarikat ini adalah dinasihatkan supaya menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad terlebih dahulu dan sesudah syarikat itu berjalan dengan baik dan perlu menambahkan modalnya Kelebihan Saham syarikat boleh dijual beli melalui Pasaran Saham. Syarikat boleh mempelawa orang ramai untuk membeli saham. Lebih mudah untuk mendapat pinjaman daripada Institusi-institusi Kewangan. Kekurangan Bilangan ahli atau pemegang saham yang terlalu ramai. Sukar untuk mengekalkan suasana dan perhubungan yang rapat dan baik di antara pihak pengurusan dengan kakitangan dan juga di antara pemegang saham dan pengurusan. Lebih rumit untuk diuruskan dan kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 yang lebih ketat. Diperlukan memfail kepada Pendaftar Syarikat penyata kewangan yang beraudit bersama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun. Berbagai jenis cukai yang kena dibayar.
KOPERASI
Merupakan perniagaan yang dijalankan sekumpulan individu secara sukarela untuk menjaga kebajikkan ahli-ahlinya. Terdapat 2 bentuk koperasi iaitu : Koperasi keahlian terhad - Terhad kepada jenis pekerjaan, kawasan dan latarbelakang seperti Koperasi Guru. Koperasi keahlian bebas - Iannya terbuka kepada sesiapa saja untuk menjadi ahli seperti Koperasi Pengguna, Koperasi Perumahan Mengikut Akta Koperasi 1948, koperasi mempunyai prinsip-prinsip seperti keanggota sukarela dan terbuka, perjalanan pengurusan secara demokrasi, bayaran untung atas saham yang terhad, pembahagian untung secara saksama, menggalakkan pendidikan koperasi dan bekerjasama secara aktif, di semua peringkat. Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya. Dalam ertikata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya . Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen , anggota-anggotanya juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan sebagainya, bergantung kepada koperasi yang dianggotainya. Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga yang dilantik secara demokrasi pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan sesebuah koperasi itu. Seorang Pengerusi , Setiausaha dan Bendahari akan dilantik untuk mentadbir koperasi itu. Lantikan dibuat bedasarkan pada calon yang mendapat undi terbanyak. Setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripada kalangan anggota untuk jawatan Anggota Lembaga. Sesebuah koperasi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya manakala tujuan penubuhan sesebuah syarikat adalah untuk mencari keuntungan semata-mata. Hak milik sesebuah koperasi adalah kepada anggota-anggotanya manakala sesebuah syarikat dipunyai pemegang saham syarikat tersebut. Kawalan sesebuah koperasi dijalankan bedasarkan sistem demokrasi, berasaskan kepada satu anggota, satu undi . Kawalan sesebuah syarikat berhad pula dijalankan bedasarkan jumlah saham yang dipunyainya. Keuntungan sesebuah koperasi dikongsi dikalangan anggota-anggotanya manakala bagi sesebuah syarikat pula, keuntungan dibahagikan antara pemegang-pemegang saham. Nilai saham seseorang anggota koperasi adalah tetap dan boleh dikeluarkan semula. Saham sesebuah syarikat tidak boleh dikeluarkan semula dan nilainya tidak menentu. Pertubuhan koperasi tertakluk kepada Akta Koperasi manakala syarikat tertakluk kepada Akta Syarikat.
BADAN BERKANUN
Pada kebiasannya Badan Berkanun ditubuhkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk membangunkan sesuatu industri atau menjaga kepentingan rakyat. Diwujudkan melalui Akta Parlimen @ Enakmen Negeri. Ditubuhkan secara perbadanan. Mempunyai tugas dan kaedah pengoperasianya mirip sektor swasta.Contoh : KWSP, UDA, Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM), LHDN, Perbadanan Kemajuan Negeri dsb. Beberapa badan berkanun di Malaysia telah diswastakan melalui dasar penswastaan dan pensyarikatan pada tahun 1980an seperti TNB dan Syarikat Telekom Malaysia.Mengabungkan matlamat sosial dengan keuntungan.
CIRI-CIRI PERBEZAAN
(1) Keanggotaan
(1) Keanggotaan
Ketuanpunyaan tunggal dianggotai oleh seorang tuan punya (tunggal) sahaja. Perkongsian pula mempunyai ahli yang tidak kurang daripada dua orang dan tidak melebihi dua puluh orang. Syarikat perlu sekurang-kurangnya mempunyai dua orang anggota dan boleh mempunyai bilangan anggota yang tidak terhad, kecuali syarikat anak kepunyaan keseluruhan yang dipunyai keseluruhannya oleh syarikat induknya, boleh mempunyai seorang anggota sahaja. Syarikat persendirian tidak boleh mempunyai bilangan anggota melebihi 50 orang.
(2) Pemegangan Harta
Harta ketuanpunyaan tunggal adalah harta tuan punyanya. Harta perkongsian adalah harta pekongsi-pekongsi secara bersama. Harta syarikat tidak dipunyai oleh sesiapa, sebaliknya dipunyai oleh syarikat atas namanya sendiri. Walaupun anggota-anggota yang membentuk sesebuah syarikat, tetapi mereka bukanlah pemilik sebenar harta berkenaan.
(3) Tanggungan Anggota
Tanggungan seseorang tuan punya tunggal terhadap hutang yang ditanggung oleh firmanya adalah sama seperti hutang yang ditanggungnya sendiri. Tanggungan terhadap hutang firma perkongsian pula ditanggung oleh pekongsi-pekongsi secara bersesama. Ahli kedua-dua bentuk firma tersebut menanggung segala tanggungan firma mereka tanpa had. Tanggungan anggota-anggota syarikat ke atas hutang syarikat pada amnya adalah terhad setakat amaun syer tak berbayar yang dipeganginya sahaja.
(4) Hak dan Obligasi di sisi Undang-undang
Ketuanpunyaan tunggal boleh mendakwa dan didakwa atas nama tuan punyanya. Sesebuah perkongsian pula boleh mendakwa dan didakwa atas nama pekongsi-pekongsinya. Syarikat sebaliknya pula boleh mendakwa dan didakwa atas nama syarikat sendiri. Syarikat boleh mendakwa bagi pihak dirinya sendiri bagi menguatkuasakan haknya. Syarikat hanya boleh didakwa atas namanya sendiri terhadap tanggungan kewajipannya. Anggota-anggota atau pengarah-pengarah atau mana-mana pegawai syarikat tidak boleh mengambil tindakan undang-undang bagi pihak syarikat dan sebaliknya tidak pula boleh didakwa sebagai mewakili syarikat.
(5) Hayat dan Pembubaran
Sesebuah ketuanpunyaan tunggal dilahirkan oleh tuan punyanya dan akan secara automatik terbubar dengan kematian tuan punyanya atau dibubar oleh tuan punyanya. Bagi firma perkongsian, hayatnya bergantung kepada hayat 'perkongsian' di antara pekongsi-pekongsi. Sesebuah perkongsian akan terbubar apabila pekongsi-pekongsinya mengambil tindakan membubarkannya. Syarikat pula dilahirkan oleh proses undang-undang dan hanya akan mengakhiri hayatnya juga melalui proses undang-undang. Selagi belum melalui proses penggulungan dan dibubarkan kemudiannya, syarikat terus hidup walaupun tanpa perniagaan yang dijalankan, tanpa pengarah-pengarah, hatta tanpa anggota-anggotanya sekalipun. Syarikat terus hidup secara sendirinya tanpa bergantung kepada sesiapa. Hanya undang-undang sahaja yang boleh mengakhirkan hayatnya.
(6) Struktur dan Ciri-ciri Modal
Modal perniagaan ketuanpunyaan tunggal adalah nilai wang atau aset yang disumbangkan oleh tuan punya tunggal. Seseorang tuan punya tunggal tidak boleh mendapatkan modal daripada orang lain kecuali melalui pinjaman. Dalam perkongsian, modal boleh disumbangkan oleh pekongsi-pekongsi secara kolektif dan sebarang pemulangan modal akan mengeluarkan seseorang pekongsi itu daripada perkongsian. Jumlah yang perlu disumbangkan sebagai modal perkongsian bergantung kepada Perjanjian Perkongsian yang sama-sama dipersetujui sesama rakan kongsi. Modal syarikat merupakan modal yang dibayar kepada syarikat oleh anggota-anggotanya. Sebagai balasan kepada sumbangan tersebut, anggota-anggota berkenaan akan memperoleh syer dan memegngnya, sambil melayakkannya sebagai anggota syarikat. Modal tidak boleh dipulangkan kepada pemegang syer.
(7) Kuasa Pengurusan
Tuan punya tunggal adalah pengurus sepenuh dan semutlaknya.Kuasa pengururusan keseluruhannya tetap terletak kepadanya.Dalam sesebuah perkongsian,biasanya pengurusan perniagaan dikendalikan secara bersama diantara sesama pekongsi,kecualilah jika terdapat pekongsi yang memilih untuk menjadi pekongsi lelap.Semua keputusan pengurusan dibuat secara kolektif dan biasanya melambangkan sumbangan modal atau kepakaran yang disumbangkan oleh pekongsi tertentu berasaskan kepada Perjanjiaan Perkongsian.Sebagai orang buatan undang-undang,syarikat tidak boleh mengurus dirinya dan perlu diurus oleh pemegang syernya.Syarikat perlu diurus oleh pengarah-pengarahnya yang bertanggungjawab dalam segala tindakan pengurusannya kepada anggota-anggota syarikat keseluruhannya.Walaupun anggota-anggota mempunyai kuasa untuk melantik dan menyingkirkan pengarah-pengarah, tetapi tidak mempunyai hak mutlak untuk menjadi pengarah dan masuk campur dalam urusan pengurusan syarikat. Pada amnya pemegang-pemegang syer terpisah daripada kuasa pengurusan syarikat.Semuanya diserahkan kepada pengarah-pengarah untuk mengurus dan mengawalnya.Jika sesuatu keputusan pengurusan itu,tidak dipersetujui oleh pemegang-pemegang syer,apayang boleh mereka lakukan,menyoal keputusan-keputusan pengarah-pengarah itu dalam mesyuarat agung atau mengantikan saja pengarah-pengarah yang ada dengan orang lain.
(8) Mekanisme
Ketuanpunyaan tunggal digerakkan oleh tuan punyanya secara tunggal. Perniagaan perkongsian digerakkan oleh pekongsi-pekongsi secara kolektif, Mekanisme syarikat digerakkan oleh dua organnya, iaitu pengarah-pengarah dalam lembaga pengarah dan anggota-anggota dalam mesyuarat agung. Terdapat pembahagian kuasa yang jelas di antara lembaga pengarah dengan mesyuarat agung. Urusan perniagaan syarikat biasanya diserahkan untuk diuruskan oleh pengarah-pengarah dalam kedudukan mereka sebagai lembaga pengarah. kuasa-kuasa yang menyentuh perlembagaan syarikat biasanya diserahkan kepada anggota-anggota untuk meluluskannya.
(9) Perlembagaan Bertulis
Perniagaan seseorang tuan punya tunggal tidak memerlukan kepada perlembagaan bertulis. Apa yang difikirkannya patut boleh sahaja dilakukannya tanpa perlu mengambil tahu mengenai kuasa yang ada padanya kerana seseorang tuan punya punya tunggal itu mempunyai kuasa mutlak keatas perniagaannya. Sesebuah perkongsian [walaupun boleh ditubuhkan dengan persetujuan dan persefahaman lisan], tetapi biasanya mempunyai Perjanjian Perkongsian yang membentuk ikatan perkongsian diantara pekongsi-pekongsi dan menggariskan hak,kewajipan dan obligasi pekongsi-pekongsi.Syarikat, sebagai orang buatan undang-undang,tidak mempunyai fikirannya sendiri untuk memutuskan mengenai apa yang diperlu dilakukan olehnya.Syarikat perlu mempunyai perlembagaan bertulis dalam bentuk Memorendum dan Perkara-perkara Persatuan.Kedua-dua dokumen ini menampilkan strukturnya,menetapkan objektif penubuhannya,menetapkan kuasanya[dan kepada siapa kuasa itu diserahkan],dan,membentangkan peraturan dalaman syarikat yang perlu dipatuhi oleh pengarah-pengarah,pegawai-pegawainya yang lain dan anggota-anggotanya.
(10) Kuasa Meminjam
Seseorang tuan punya tunggal boleh meminjam daripada perniagaannya atau sebaliknya memberikan pinjaman kepada perniagaannya mengikut apa yang difikirkan patut. Dalam perkongsian, pekongsi-pekongsi boleh membuat pinjaman daripada perkongsian mereka atau meminjam kepada perkongsian mereka seperti mana yang diersetujui sesama mereka. Bagi syarikat, pengarah-pengarah perlu mematuhi beberapa peraturan dan undang-undang tertentu dalam urusan pinjaman, sama ada daripada syarikat atau kepada syarikat. Syarikat perlu mempunyai kuasa meminjam dan kemudiannya perlu pula mewakilkan kepada pengarah-pengarah kuasa meminjam tersebut supaya pengarah-pengarah mempunyai kausa untuk meminjam bagi pihak syarikat.
(11) Kawalan dan Penguasaan
Seorang tuan punya tunggal menguasai perniagaannya secara mutlak. Dalam perkongsian, bentuk penguasaan ditentukan melalui Perjanjian Perkongsian atau persefahaman bersama. Dalam syarikat, biasanya yang majoriti akan menguasai sesebuah perkongsian atau syarikat. Walaupun begitu undang-undang melindungi pihak minoriti daripada sebarang bentuk penindasan, penepian kepentingan, ketidakadilan atau diskriminasi.
(12) Kewajipan Mendedahkan Maklumat
Ketuanpunyaan tunggal dan perkongsian tidak perlu mendedahkan apa-apa maklumatnya (seperti penyediaan akaun, pengauditan akaun dan pendedahan maklumat) kepada awam. Syarikat perlu mendedahkan hal-ehwal korporatnya kepada awam dengan mengemaskinikan daftar maklumatnya di pejabat berdaftarnya dan menyerahkan penyata dan dokumen kepada Pendaftar Syarikat untuk didedahkan kepada awam.
SIFAT ASASI SYARIKAT
Undang-undang merujuk syarikat sebagai 'orang'. Bukan 'orang biasa' seperti manusia tetapi 'orang buatan' atau lebih tepat lagi 'orang buatan undang-undang'. Apakah yang dimaksudkan dengan orang? 'Orang' di sisi undang-undang mempunyai dua ciri utama:
- mempunyai hak untuk bertindak, dan
- mempunyai hak untuk memiliki harta
Syarikat mempunyai hak untuk bertindak dan memiliki harta atas namanya sendiri. Syarikat boleh mengambil tindakan undang-undang untuk menguatkuasakan haknya, dan dalam masa yang sama boleh juga diambil tindakan undang-undang oleh orang lain. Syarikat juga boleh memiliki harta atas namanya sendiri, bukannya atas nama pemegang-pemegang syer, pengarah-pengarah atau sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan atau kepentingan dengan syarikat. Dengan memiliki keseluruhan syer dalam syarikat tidaklah bermakna bahawa seseorang pemegang syer itu memiliki keseluruhan harta syarikat.
Syarikat adalah suatu entiti undang-undang. Syarikat wujud secara sendiri, berasingan daripada penaja-penaja yang mengurusnya dan pemegang-pemegang syer yang menganggotainya. Sebaik sahaja syarikat diperbadankan, seolah-olah suatu tabir direntang, yang mengasingkan syarikat dengan penaja-penaja, pengarah-pengarah, pemegang-pemegang syer dan sesiapa sahaja yang berkepentingan dalamnya.
Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula
Jenama terkenal dunia seperti Coca-Cola, IBM, Miscrosoft, Google, McDonald, Oracle dan Nike diasaskan oleh orang biasa yang mempunyai semangat dan kelebihan luar biasa. Kedudukan dan nilai jenama-jenama tersebut ditentukan oleh satu organisasi antarabangsa yang unggul dikenali sebagai Interbrand. Cerita kejayaan syarikat-syarikat terkenal ini bukan sahaja menarik untuk dibaca malah mempunyai maklumat yang penting untuk kita pelajari. Bagaimana syarikat-syarikat terkenal ini berjaya mengekalkan kedudukan yang dicapai saban tahun melambangkan amalan cara kerja yang baik dan patut kita contohi.
Coca-Cola
Produk yang telah memberikan dunia rasa yang paling terkenal telah dilahirkan di Atlanta, Georgia, pada 8hb Mei 1886. Siapakah pengasas syarikat jenama tersohor ini? Ramai tidak akan menyangka bahawa Dr. John Stith Pemberton, seorang ahli farmasi sebenarnya tidak dilahirkan dalam golongan yang kaya raya. Selepas pengalaman dan kecederaan beliau di medan perang sekitar tahun 1860-an, Dr. Pemberton bertekad mengaplikasi pengetahuannya dalam bidang farmasi dan melaburkan semua wangnya untuk penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik. Pada waktu tersebut permintaan terhadap ubatan dan tonik sedang meningkat diseluruh Amerika Syarikat. Berbekalkan semangat yang kental, beliau memulakan penjualan minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama Coca-Cola di kaunter sebuah farmasi. Campuran yang amat serasi ditambah pula dengan tema yang sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” menarik perhatian orang ramai untuk membelinya. Apatah lagi, segelas Coca-Cola pada waktu itu hanya dijual pada harga lima sen sahaja! Dr. Pemberton juga tidak menyedari bahawa minuman ciptaannya berpotensi untuk berjaya dan terkenal di seluruh dunia seperti hari ini. Hari ini bernilai AS70.5 bilion.
IBM
Akronim syarikat ini sangat mudah untuk diingati dan sekilas pandang rata-rata akan terus teringatkan sistem komputer di pejabat. Bagaimana pula kisah permulaan IBM yang telah disenaraikan sebagai jenama yang ke dua terkenal antarabangsa pada tahun 2010? Sejarah penubuhan IBM bermula lebih awal sebelum komputer dicipta. Sekitar 1890-an Herman Hollerith telah mencipta peranti elektrik untuk ringkasan maklumat yang kemudiannya diguna pakai untuk ringkasan data-data perakaunan. Pada hari ini contoh peranti elektrik yang masih diguna pakai ialah mesin punch card.Hollerith sebenarnya bekerja keras untuk mencipta peranti elektrik yang hendak diguna pakai untuk proses banci di Amerika Syarikat pada tahun 1890. Kejayaan yang dicatat semasa bancian itu menjadi titik tolak kejayaan peranti elektrik ciptaan Hollerith. Penggabungan tiga syarikat berlaku pada tahun 1911. Individu yang bertanggungjawab keatas kejayaan penggabungan dan seterusnya penubuhan IBM bernama Thomas J. Watson Sr.
Microsoft
Microsoft menduduki tempat ketiga untuk jenama terkenal antarabangsa 2010. Bill Gates dan sahabatnya Paul Allen menzahirkan Microsoft pada tahun 1975. Bill Gates hanya berumur 13 tahun sewaktu diberi akses kepada komputer. Walaupun pada awalnya Bill Gates dan Paul Allen diberhentikan setelah menggodam komputer syarikat, mereka dipanggil untuk berkhidmat kembali khusus untuk menyelesaikan masalah virus komputer. Mereka tidak dibayar dengan wang tetapi diberi akses kepada komputer tanpa had masa sebagai pampasan. Bill Gates melanjutkan pelajaran di universiti tersohor di Amerika Syarikat iaitu Havard University. Pada tahun 1974 Paul Allen berjaya memujuk Bill Gates untuk keluar daripada universiti dan memulakan perniagaan perisian komputer dengannya. Bill Gates dan Paul Allen terpaksa mengatasi banyak rintangan untuk memajukan perniagaan mereka. Akhirnya mereka memberi lesen sistem operasi MS DOS kepada IBM. Bertitik tolak dari waktu itu, kedua-dua jenama Microsoft dan IBM kekal bersaing secara positif dan menyandang kedudukan yang tinggi sebagai jenama ternama antarabangsa. Microsoft bernilai AS60.9 bilion pada hari ini!
Google
Stanford University menjadi saksi bagaimana kisah dua pelajar Sergey Brin dan Larry Page bertemu pada asalnya hanya untuk sesi suai kenal berlanjutan hingga penubuhan perniagaan yang mencecah nilai AS43.6 bilion. Kedua sahabat yang merupakan pelajar jurusan sains komputer berkolaborasi untuk mencipta sistem enjin pencarian yang mereka gelarkanBackRub. Seterusnya nama sistem tersebut ditukar kepada Google iaitu nama yang diadaptasi daripada Googol yang bermaksud nombor 1 diikuti 100 kali nombor 0 dibelakangnya. Pada awalnya Google beroperasi menggunakan kemudahan universiti. Selepas setahun beroperasi, Brin dan Page terus berusaha memajukan Google walaupun merasa tertekan dan mengganggu pelajaran dan pencapaian di universiti. Pada tahun 1998 mereka mendapat bayaran untuk bekerja memajukan Google di bahagian garaj kereta rumah seorang rakan mereka. Untuk mendapat dana, mereka membuat tawaran untuk menjual Google kepada syarikat yang lebih dikenali pada waktu itu. Akhirnya sekitar tahun 1999,Google mendapat tawaran dana tambahan sebanyak AS25 juta.
GE (General Electric Company)
Pada tahun 1876, Thomas Edison membuka makmal di Menlo Park, New Jersey untuk mencipta mentol lampu. Banyak lagi produk elektrik yang dicipta beliau dibawah jenama Edison General Electric Company. Kini GE bernilai AS42.8 bilion.
McDonald
Pada tahun 1940, dua beradik Richard dan Maurice McDonald memulakan perniagaan McDonald’s Bar-B-Que yang merupakan kafe pandu lalu. Ketika itu kafe tersebut menyediakan terlalu banyak menu. Selepas lapan tahun beroperasi, mereka mengurangkan menu kepada hanya sembilan iaitu pelbagai jenis burger, minuman ringan, kopi, kentang goreng dan pai supaya mereka boleh memberi servis yang cepat kepada pelanggan. Dalam tahun 1954, mereka bertemu dengan Ray Kroc yang datang ke kafe untuk menjual mesin campuran. Setahun kemudian Kroc membeli keseluruhan McDonaldkafe dan mengembangkan perniagaan secara agresif dan membuka 500 buah kafe McDonald dalam masa lapan tahun sahaja. Hari ini McDonald mempunyai 32,000 rangakaian restoran. Satu fakta yang agak menarik tentang Kroc dan Walt Disney (pengasas taman tema Disney) yang berkawan sekitar tahun 1920-an. Kroc ingin membuka restoran McDonald di dalam taman tema Disney tetapi Walt mengenakan syarat supaya harga kentang goreng dinaikkan sebanyak 5% untuk diberikan kepadanya sebagai balasan. Kroc mempunyai etika perniagaan yang amat konsisten dan tidak mahu menipu pelanggan setianya. Oleh kerana itu, sehingga hari ini restoran McDonald tidak dibuka di taman tema Disney.
Intel
Pengasas Intel ialah Gordon E. Moore dan Robert Noyce. Jenama ini sekarang dinilaikan sebanyak AS32.0 bilion. Pada tahun 1968, Moore dan Noyce meninggalkan syarikat kejuruteraan elektrikal untuk memulakan syarikat mengeluarkan cip memori dan pemprosesan mikro. Moore Noyce adalah nama yang pertama digunakan. Kemudiannya menukar nama tersebut kepada Integrated Electronics atau Intel. Walaupun mengetahui penggunaan silikon adalah mahal, mereka masih meneruskan penggunaan silikon untuk menghasilkan produk yang berlainan. IBM menggunakan cip Intel untuk komputer pada tahun 1981.
Nokia
Nokia bermula dengan perniagaan kertas yang juga merupakan alat untuk berkomunikasi. Fredrik Idestam seorang anak jati Finland telah membina kilang kayu pulpa di sepanjang tebing Sungai Tammerkoski dalam tahun 1865. Beliau ialah seorang jurutera dan telah mengaplikasi pengetahuan dan kepakarannya dalam bidang kejuruteraan untuk memproses kayu dan menghasilkan kertas dengan harga yang murah. Proses ini merupakan suatu revolusi kepada industri pembuatan kertas pada waktu itu. Fredrik memenangi pingat gangsa di Ekspo Dunia di Paris pada tahun 1867. Selepas satu abad proses penggabungan dan pengambil alihan beberapa syarikat, Nokia mula melibatkan perniagaannya dalam bidang komunikasi mudah alih sekitar awal tahun 1980-an. Kini Nokia bernilai kira-kira AS29.5 bilion.
Disney
Pada tahun 1923, Walt Disney pada waktu berusia 23 tahun berhijrah ke California untuk menjual sebuah cerita kartunAlice in the Wonderland. Dalam masa beberapa bulan, dia berjaya mendapat pengedar yang bersetuju untuk mengeluarkan siri “Alice Comedies”. Setelah berjaya dengan siri tersebut, Walt terus berkarya dan mewujudkan banyak lagi karaktor kartun yang lain. Karaktor Mickey Mouse yang melonjak dan mendapat perhatian seluruh dunia kerana ia adalah siri kartun pertama yang bersuara. Kini Disney mempunyai taman tema di banyak negara seluruh dunia dan bernilai AS28.7 bilion.
Hewlett Packard
Bill Hewlett dan David Packard adalah pengasas Hewlett Packard. David memulakan kerjaya di General Electric Company(GE) manakala Bill meneruskan pengajian di universiti. Pada tahun 1937, David melawat Bill dan berjaya meyakinkan David untuk bercuti daripada syarikat GE untuk bekerja bersamanya menubuhkan HP. Dalam tahun 1939, produk HPpertama dihasilkan. Salah satu pelanggan pertama HP ialah Walt Disney yang membeli produk HP untuk membangunkan sistem bunyi yang canggih untuk tayangan popularnya Fantasia! Kini HP bernilai AS26.9 bilion.
Toyota
Kiichiro Toyoda adalah pengasas Toyota. Dalam tahun 1924, Sakichi Toyoda mencipta satu model mesin Toyoda G Automatik untuk menghasilkan tekstail. Kerajaan Jepun telah memberi semangat kepada Sakichi untuk membangunkan kereta beberapa tahun kemudian. Kiichiro merupakan anak lelaki Sakichi telah menjelajah Eropah dan Amerika Syarikat untuk menyelidik selok belok pembuatan kereta. Setelah pulang ke Jepun, Toyota menghasilkan kereta pertama mereka iaitu Model A1 untuk kereta penumpang pada tahun1935. Kini nilai Toyota adalah AS26.2 bilion.
Mercedes Benz
Dilahirkan di Jerman, Karl Benz dan Gottlieb Daimler merupakan pengasas Mercedes Benz. Ia bermula pada tahun 1886 apabila Karl mencipta automobil pertama yang merupakan sebuah basikal beroda tiga yang bermotor. Beberapa bulan kemudian, Daimler yang berada di kawasan yang berlainan menghasilkan jentera empat roda yang bermotorkan enjin Daimler. Mereka tidak menyedari tentang hasil masing-masing. Hanya 40 tahun kemudian Mercedes-Daimler dilahirkan apabila mereka bergabung. Kini nilai Mercedes-Benz mencecah AS25.2 bilion.
Gillette
King Camp Gillette memerhatikan penutup botol dibuang begitu sahaja selepas botol dibuka. Kemudian syarikat botol tersebut perlu membeli penutup yang lain. Bagi King, suatu peluang perniagaan yang baik untuk produk yang sebegini. King juga menyedari bahawa setiap lelaki memerlukan pisau cukur hampir setiap hari. Bermula daripada saat itu, King telah berusaha untuk mencipta pisau cukur yang boleh ditukar ganti manakala pemegangnya hanya perlu dibeli sekali sahaja. Sejak tahun 1901, penjualan pisau cukur Gillette meningkat hingga jenama tersebut kini bernilai AS23.3 bilion.
CISCO
Leonard Bosack dan isterinya Sandra Lerner mencipta teknologi untuk berkomukasi pada asalnya untuk tujuan kemudahan berkomunikasi antara satu sama lain. Sekitar tahun 1984, mereka tekad dan membuat pelaburan untuk memulakan syarikat yang menjual teknologi “internetworking”. Cisco adalah singkatan kepada San Francisco. Kini nilaiCisco mencecah AS23.2 bilion.
BMW
Di Jerman pada tahun 1916, jenama BMW yang kini bernilai AS22.3 bilion dizahirkan oleh Franz Josef Popp. Ianya adalah hasil daripada beberapa penggabungan syarikat yang pada awalnya merupakan pengeluar enjin kapal terbang. LogoBMW adalah lambang kipas kapal terbang. Selepas perang dunia pertama, BMW terpaksa menghentikan pengeluaran enjin kapal terbang. Mereka mengalihkan produksi kepada motosikal pada tahun 1923 dan kereta pada tahun 1928.
Louis Vuitton
Pada usia 14 tahun, Louis Vuitton membuat keputusan berhijrah ke Paris dari kampung halamannya di Jura, Perancis. Beliau hanya berjalan kaki ke Paris dan membuat kerja sambilan di sepanjang perjalanannya. Napolean III pernah melantik Louis sebagai pembuat kotak menyimpan barang (“trunk”). Reputasi beliau semakin berkembang dan pada tahun 1854, Louis membuka kedai beg pertamanya di Paris. Kini Louis Vuitton bernilai AS21.9 bilion.
Apple
Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne merupakan pengasas Apple. Sekarang Apple bernilai AS21.1 bilion. Mereka bertiga bermula membina komputer daripada pelbagai bahagian yang berasingan dengan hasil tangan sendiri. Mereka bekerja siang dan malam untuk menyiapkan setiap pesanan. Selepas pesanan yang ke 50, Ronald Wayne membuat pelaburan di dalam Apple.
Marlboro
Pada tahun 1902, Phillip Morris berhijrah ke New York untuk menjual rokok yang dihasilkannya. Untuk kelainan, Phillip menjual rokok untuk wanita dengan cogan kata yang menarik. Penapis pada hujung batang rokok berwarna merah bertujuan untuk menyembunyikan warna gincu wanita apabila merokok. Kini Marlboro bernilai AS20.0 bilion.
Samsung
Samsung mula beroperasi sebagai kedai runcit yang dibuka oleh Lee Byung-chul pada tahun 1938.Perniagaannya bertambah maju dan ibu pejabat Samsung dipindahkan ke Seoul pada tahun 1947. Tetapi Lee terpaksa meninggalkan perniagaannya apabila perang Korea bermula. Lee tidak pernah berputus asa dan memulakan kilang penapisan gula serta kilang bulu pula. Nasib Lee agak baik apabila Presiden Korea telah melaksanakan polisi untuk melindungi perniagaan seperti Samsung pada tahun 1960-an. Syarikat asing tidak dibenarkan menjual barang-barang elektronik di Korea. Langkah ini telah memberi Samsung kelebihan dalam perniagaan barang-barang elektronik kerana tidak ada pesaing selama 18 tahun semasa pemerintahan Presiden Park Chung-hee.
Honda
Sejak usia muda Soichiro Honda sangat berminat tentang dunia automobil. Beliau pernah bekerja sebagai mekanik kereta dan membuat reka bentuk baru untuk omboh kereta. Reka bentuk pertamanya ditolak oleh syarikat Toyota. Sekitar tahun 1930-an, Soichiro terpaksa menjual barang kemas isterinya untuk menanggung pengajiannya. Beliau terus berusaha dan akhirnya Toyota menerima reka bentuk yang diciptanya. Kilang omboh dibuka tetapi tidak berapa lama selepas beroperasi, gempa bumi memusnahkan usaha Soichiro. Akibat perang dunia ke II, bekalan petrol bekurangan dan ini memberi ide kepada Soichiro untuk menggunakan dua omboh pada motosikalnya pula. Kemudiannya Soichiro mengumpul dana daripada pengusaha kedai basikal seluruh Jepun dan membina motosikal Honda Cub. Bermula tahun 1964 Honda merupakan pengeluar terbesar motosikal dan kini ianya bernilai AS18.5 bilion.
Hennes & Mauritz (H&M)
H&M diasaskan oleh Erling Perrson pada tahun 1947 di Sweden. Ide untuk menghasilkan H&M semasa perjalanan beliau ke Amerika Syarikat selepas perang dunia ke II. Di Sweden beliau merupakan pelopor untuk hasil pakaian wanita. 21 tahun kemudian Erling membeli Mauritz Widforss yang menghasilkan pakaian untuk lelaki. H&M adalah hasil selepas penggabungan tersebut. Kini H&M bernilai AS16.1 bilion.
Oracle
Larry Ellison membaca laporan mengenai pengkalan data pada tahun 1970 yang ditulis oleh Edward F. Codd. Ia telah menjentik minda beliau bahawa ada satu peluang besar menanti dalam sistem pengurusan pengakalan data. Bertitik tolak daripada saat itu, Ellison berusaha untuk membangunkan Software Development Laboratories (“SDL”) dengan Bob MMiner dan Ed Oates. Selepas menukar nama syarikat selama tiga kali, Oracle adalah pembekal terbesar perisian untuk dunia perniagaan yang kini bernilai AS14.9 bilion.
Pepsi
Pada tahun 1898, Caleb Bradham seorang ahli farmasi dan mempunyai kedai ubat mencipta resipi baru untuk minuman yang dinamakan “Brad’s Drink”. Campuran ekstrak biji kola, vanila dan minyak yang jarang diperolehi dikatakan boleh menyegarkan badan, membantu penghadaman serta meningkatkan tenaga si peminum. Pada tahun 1903, Bradham menukar nama minuman kepada Pepsi -Cola dan memulakan kerja pembotolan di gudang sewaan. Tahun 1909 merupakan satu tahun keramat yang melonjak naik nama Pepsi apabila perintis pelumba automobil mengesahkan Pepsi-Cola adalah minuman yang menyegarkan dan sesuatu yang harus di ambil sebelum beliau memulakan perlumbaan. Namun begitu Bradham mengalami kegagalan dalam perniagaannya sekitar 1920-an hingga 1930-an sehingga beliau diistihar bankrup. Bradham tetap cekal dan berjaya menaikkan kembali nama Pepsi setelah memperkenalkan saiz botol minuman yang baru. Sehingga kini Pepsi diberi nilai AS14.1 bilion.
American Express (AMEX)
Henry Wells, William Fargo dan John Warren Butterfield adalah pengasas kad AMEX. Masing-masing mempunyai latar belakang yang lebih kurang sama iaitu dalam bidang pengangkutan wang pada awalnya dan kemudiannya mengaplikasi teknologi untuk menghasilkan AMEX. Nilai AMEX kini mencecah AS13.9 bilion.
Nike
Selepas tamat pengajian di universiti, Philip Knight mengambil keputusan untuk menjelajah sekitar negara Jepun. Di Jepun Knight bertemu pembuat kasut Onitsuka Tiger. Sebagai ahli olahraga universiti, Knight bersetuju untuk membeli kasut-kasut Tiger untuk dijual di Amerika Syarikat. Untuk memenuhi syarat syarikat Jepun itu, Knight mendaftarkan syarikat yang diberi nama Blue Ribbon Sports (“BRS”). Pada akhir tahun 1963 pesanan kasut sudah mencecah 200 pasang kasut. Dengan hati yang cekal Knight memulakan pe rniagaannya secara jualan daripada kereta sahaja. Stok pula disimpan di bilik bawah tanah rumah bapanya. Perniagaan terus berkembang apabila Knight bersama rakan kongsi Bill Bowerman bekerjasama bermula tahun 1964. Mereka mula menyewa premis perniagaan pada tahun 1966 yang membolehkan pekerja menjual kasut di kedai pula. Hubungan perniagaan antara BRS dan Tiger berakhir sekitar tahun 1971 dan bertititik tolak dari waktu itu Knight dan Bowerman memulakan jenama kasut mereka sendiri iaitu Nike sempena dewi kemenangan Greek yang kini bernilai AS13.7 bilion.
No comments:
Post a Comment