KURSUS
|
EKSUKUTIF AUTOMOTIF
|
TAHAP
|
LEVEL 4
|
NO. DAN TAJUK MODUL
|
05-RULES AND REGULATIONS ADMINISTRATION II
|
TUGASAN
|
01.02-Ensure
compliance of machinery department requirements
01.07-Ensure
compliance of occupational safety and health act.
(osha) requirements
01.03-Ensure
compliance of department of environment (doe)
Requirements
01.05-Ensure
compliance of road transport irdinance
|
OBJEKTIF PENCAPAIAN
|
Identify
Fire Department Requirement, Machinery Department Requirement, Inflammable
Good Storage Regulation, Road Traffic Ordinance, Department of Environment
requirement and OSHA Regulation using Fire Department booklet, Machinery
Regulation booklet, Local Authority regulation document, Road Regulation
booklet, OSHA, Company rules and regulation, Environment Act, Building Layout
and Building plan so that the premise can be protected from hazard, equipment
and machinery meets the safety standard, inflammable good are stored in good
manner and the rules and regulations are followed.
|
TAJUK
|
Akta Kilang dan Jentera 1967
|
TUJUAN
|
Pelajar akan mempelajari tentang
|
Akta Kilang dan Jentera 1967
Objektif
Akta untuk mengawal selia pengawalan kilang berkenaan
dengan perkara yang berhubungan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan
pekerjanya. Akta ini tadbir oleh:
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.
Makna
dan Tafsiran
1. “Kilang” ertinya mana-mana premis atau sebahagian
daripada premis di mana:
a. Orang diambil kerja untuk kerja kasar dalam apa-apa
proses bagi atau berkaitan
dengan membuat,
mengubah, membaiki, menghias, mengisih, mengemaskan,
membersihkan,
membasuh, memecahkan, meruntuhkan, membina, membina
semula,
memasang, memasang semula, menyelaraskan atau menyesuaikan
apa-apa benda
dan
b. Ungkapan kilang juga termasuk yang berikut:
i. Mana-mana limbungan atau dok kering yang di dalamnya
kapal atau vesel
dibina, dibina
semula, dibaiki, dipasang semula, dikemaskan atau diruntuhkan;
ii. Menjalankan urusan membasuh atau mengisi botol atau
bekas atau
membungkus
benda;
iii. Menjalankan urusan mencangkuk, memintal, melipat,
menghias atau
membungkus yan
atau kain;
iv. Mana-mana tempat mendobi dijalankan sebagai tambahan
kepada urusan lain
atau sampingan
kepada maksud mana-mana institusi awam.
v. Di mana pembinaan, pembinaan semula, atau pembaikan
lokomotif, kenderaan
atau loji lain
untuk digunakan bagi maksud pengangkutan dijalankan sebagai
tambahan kepada suatu perusahaan
pengangkutan atau perusahaan
perindustrian atau komersil lain;
vi. Di mana percetakan dengan cetak timbul, litograf,
fotoukiran, atau proses
serupa lain,
atau penjilidan buku dijalankan secara perdagangan atau bagi
maksud mendapat laba atau bersampingan dengan
urusan lain yang
dijalankan;
vii. Di mana pengeluaran filem sinematograf dijalankan
secara perdagangan atau
bagi maksud
mendapat laba;
viii. Di mana buruh kasar diambil kerja dan kuasa mekanik
digunakan berkaitan
dengan
pembuatan atau pembaikan apa-apa benda logam atau kayu bagi
maksud
mendapat laba;
ix. Mana-mana premis yang digunakan untuk menyimpan
gas dalam suatu bekas
gas yang
mempunyai keupayaan menyimpan tidak kurang daripada lima ribu
kaki padu;
x. Mana-mana premis, tempat atau ruang di mana apa-apa
pengendalian
bangunan atau
kerja binaan kejuruteraan dijalankan.
c.
Tidak termasuk yang berikut:
i.
Mana-mana premis yang digunakan bagi maksud menyimpan lokomotif atau
kenderaan jika hanya pencucian, pembasuhan,
pembaikan atau penyelarasan
kecil
dijalankan; atau
ii. Mana-mana premis di mana lima orang atau kurang
menjalankan apa-apa kerja
di mana di
dalamnya jentera tidak digunakan.
2. Kuasa seorang Pemeriksa
a. Seseorang Pemeriksa mempunyai kuasa untuk melakukan
yang berikut:
i. Memasuki, memeriksa dan meneliti mana-mana jentera,
loji, alat atau
pemasangan pada
waktu siang atau malam.
ii. Memeriksa, meneliti dan menyalin rekod, perakuan,
notis dan dokumen kilang
yang disimpan.
iii. Membuat apa-apa pemeriksaan dan penyiasatan untuk
memastikan
pematuhan.
iv. Menghendaki mana-mana orang yang ditemui di dalam
suatu kilang atau
pemunyanya
untuk memberikan maklumat yang diminta.
b.Pemeriksa yang merupakan seorang pengamal perubatan
berdaftar mempunyai
kuasa untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
i. Mengambil sampel apa-apa bahan sama ada pepejal,
cecair, gas atau wap yang
dikeluarkan di dalam atau dari suatu kilang; dan
ii. Mengesahkan mana-mana jentera yang tidak
mematuhi Akta ini sebagai rosak.
3. Kewajipan Majikan
a. Mempunyai perakuan kelayakan yang sah untuk
pengendalian mana-mana
jentera
b. Mengambil langkah bagi menghapuskan risiko mana-mana
orang yang
didedahkan kepada
risiko kecederaan daripada bahan letupan, mudah terbakar,
beracun atau
menghakis atau pancaran ion.
c. Tidak mengambil kerja mana-mana orang untuk
mengangkat, membawa atau
memindahkan apa-apa beban yang berat yang mungkin boleh
menyebabkan
kecederaan
kepada orang tersebut.
d. Membekalkan pakaian perlindungan diri yang sesuai
termasuk, jika perlu,
pelindung mata,
sarung tangan, sarung kaki, topi, alas kaki dan salap atau
losyen pelindung di dalam mana-mana kilang yang orang
tersebut terdedah
kepada
proses yang basah atauberdebu, bising, haba, atau apa-apa bahan
beracun,
menghakis atau memudaratkan yang lain yang boleh menyebabkan
kecederaan.
e. Tidak membenarkan mana-mana orang muda untuk menjalankan
kerja yang
melibatkan
mana-mana jentera.
4. Peruntukan berkaitan dengan kesihatan Berikut perlu
diperuntukkan:
a.Kilang hendaklah dijaga dalam keadan bersih dan bebas
daripada buangan
busuk yang
timbul dari mana-mana parit, kemudahan kebersihan atau sumber
lain.
b. Bilangan maksimum yang sesuai orang yang diambil kerja
untuk setiap kaki
padu ruang bagi
kelas kerja yang tertentu.
c. Pengalihan udara yang mencukupi melalui peredaran
udara segar di dalam
setiap bahagian
kilang dibekalkan.
d. Memastikan keadaan keselesaan dan pencegahan
kecederaan.
e. Membekalkan pencahayaan yang cukup dan sesuai.
f. Membekalkan kemudahan kebersihan yang cukup dan
sesuai.
5. Kebajikan pekerja Berikut perlu dibekalkan kepada pekerja:
a. Tempat penginapan yang mencukupi dan sesuai;
b. Bekalan mencukupi air minuman yang selamat dan
berkhasiat;
c. Kemudahan yang mencukupi, sesuai dan bersih untuk
membasuh;
d. Akses mudah kepada peti atau almari pertolongan cemas
mengikut standard
yang
ditetapkan.
6. Kemalangan dan
kejadian berbahaya hendaklah dilaporkan
Melaporkan
kepada
pemeriksa terdekat secepat mungkin apa-apa kemalangan yang
menyebabkan
berikut:
a. Kehilangan nyawa kepada mana-mana orang;
b. Kecederaan kepada mana-mana orang yang mencegah orang
tersebut daripada
melaksanakan
tugasnya untuk lebih daripada empat hari.
c. Kerosakan yang teruk kepada jentera atau harta lain.
7. Pengendalian kilang
Mengemukakan
kepada Ketua Pemeriksa butir-butir kilang dalam tempoh 3
bulan dari
tarikh pengendalian dan apa-apa butir lanjut yang diminta dalam
tempoh 6 bulan.
Implikasi Utama:
1. Majikan di bawah kategori “kilang” perlu mematuhi Akta
berhubung dengan
keselamatan,
kesihatan dan kebajikan pekerja.
2. Penalti:
a. Melakukan kesalahan di bawah subseksyen 19(1); 31;
34(1) -------Denda
sehingga RM
5000
b. Melakukan
kesalahan dalam mana-mana peruntukan lain -------Denda sehingga
RM 2000
c.
Kesalahan berterusan ----RM100 setiap hari
No comments:
Post a Comment