KURSUS
|
EKSUKUTIF AUTOMOTIF
|
TAHAP
|
LEVEL 4
|
NO. DAN TAJUK MODUL
|
05-RULES AND
REGULATIONS ADMINISTRATION II
|
TUGASAN
|
01.02-Ensure
compliance of machinery department requirements
01.07-Ensure
compliance of occupational safety and health act.
(osha) requirements
01.03-Ensure
compliance of department of environment (doe)
Requirements
01.05-Ensure
compliance of road transport irdinance
|
OBJEKTIF PENCAPAIAN
|
Identify Fire
Department Requirement, Machinery Department Requirement, Inflammable Good
Storage Regulation, Road Traffic Ordinance, Department of Environment
requirement and OSHA Regulation using Fire Department booklet, Machinery
Regulation booklet, Local Authority regulation document, Road Regulation
booklet, OSHA, Company rules and regulation, Environment Act, Building Layout
and Building plan so that the premise can be protected from hazard, equipment
and machinery meets the safety standard, inflammable good are stored in good
manner and the rules and regulations are followed.
|
TAJUK
|
Akta KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN 1994
|
TUJUAN
|
KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN
|
AKTA
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 AKTA 514 (NIOSH,OSHA )
Dasar Jabatan Keselamatan
Dan Kesihatan Pekerjaan adalah menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan
sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh
aktiviti-aktivitinya. Pihak pengurusan dan pekerja akan turut sama-sama
berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif-objektif dasar ini melalui
rundingan dan kerjasama.
APA ITU OSHA ?
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah
suatu keadaan dimana seseorang pekerja memerlukan persekitaran kerja yang
selamat dan sihat untuk dirinya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas
aktiviti-aktivitinya.
PERANAN
OSHA
Sejak 120 tahun yang pada akhir abad ke
-19.
1. Dandang sebelum 1914
2. Keselamatan jentera 1914-1962
3. Industri 1953-1967
4. Semua industri 1970-1994
5. Semua bidang pekerjaan selepas 1994
PRINSIP
Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:
- Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting
pengurusan dan kemahiran yang baik
- Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan
tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan
- Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan
keselamatan di tempat kerja
- Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan
diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja
- Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan
bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan
- Pengetahuan
dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan
ORGANISASI-ORGANISASI OSHA DALAM MALAYSIA
- JKKP-http://www.dosh.gov.my/mengenai/
- CIDB-http://www.cidb.gov.my/
- PERKESO-http://www.perkeso.gov.my/melayu
- NIOSH-http://www.niosh.com.my/
a) JABATAN KESELAMATAN DAN KASIHATAN
PEKERJAAN (JKKP)
Aktivitinya:
- Pengilangan
- Perlombongan
dan pengkuarian
- Pembinaan
- Hotel
dan restoran
- Pertanian,perhutanan,perikanan
Objektif:
- Untuk
menggubal dan mengkaji dari semasa ke semasa melalui proses tripatisme
dasar ,undang-undang ,tata amalan dan garis panduan.
- Untuk
membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan galakkan,latihan,
penyebaran maklumat dan penyelidikan.
b) PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
- Memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap beberapa luar jangka
seperti bencana,kemalangan semasa perjalanan dan kematian
c) LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN (CIDB)
i.
Menubuhkan
satu badan bagi menyelia dan mengawal isu dan kesan yang berlaku dalam industri
pembinaaan .
Contohya:
- Kekurangan
tenaga pekerja dan buruh
- Pemasaalahan
sumber dan pembekalan bahan
- Produktiviti
yang rendah
- Peningkatan
kadar kemalangan ditapak baru
- Kelemahan
pengurusan dan pelaksanaan projek
- Kekurangan
muklumat penting dan data dalam pembinaan atau projek
d) INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN NEGARA (NIOSH)
§ Memberi khidmat dalam latihan,sumber maklumat,dan pusat
penyelidikan.
§
Membantu pelaksanaan dan meyelesaikan permasaalahan berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Aktivitinya :
- Keselamatan
ditapak pembinaan
- Keselamatan
dalam penggunaan bahan
- Pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan
KEPENTINGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
- Tanggungjawab
Majikan
Adalah
menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan,kesihatan dan
kebajikan para pekerja semasa bekerja:
- Pengadaan dan penyelenggaraan loji dan sistem kerja
yang, setakat praktik,
selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
- Pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang
praktik, keselamatan dan ketiadaan
risiko.
- Pengadaan, maklumat, arahan , latihan dan
penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan setakat yang praktik ,
keselamatan dan kesihatan pekerjanya yangsedang bekerja.
- Tanggungjawab
Pekerja
Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja :
- Untuk
memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya
dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya
semasa bekerja.
- Untuk
bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam menunaikan
apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang
lain itu melalui Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di
bawahnya.
- Untuk memakai atau menggunakan pada
sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang diadakan
oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan
kesihatnnya.
Pihak majikan dan pekerja haruslah
bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja. Perkara ini bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan
kesejahteraan setiap individu di dalam setiap organisasi akan lebih terjamin.
Selain daripada itu, aku juga berpendapat dengan mewujudkan badan yang mengawal
dan memantau aktiviti OSHA, ini akan menghasilkan kesan positif ke arah
keselamatan dan kesihatan organisasi. Dengan wujudnya kesan positif terbabit
maka setiap isu dan permasalahan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan
pekerja mampu dibendung dan dikurangkan kepada sifar. Aspek keselamatan
dan kesihatan pekerja perlu diamalkan di dalam setiap jenis organisasi tidak
kira sama ada industri kecil ataupun besar. Kerjasama dan kesedaran yang tinggi
daripada semua pihak terumasuk pihak majikan ataupun pihak atasan perlu
diberikan latihan pendedahan yang berkaitan dengan topik ini. Sedikit sebanyak
ia akan menimbulkan kesedaran kepada semua pihak bagi menangani hal keselamatan
dan kesihatan pekerjaan secara lebih komprehentif demi pembentukan budaya
kerja yang selamat dan sihat.
5 Faktor yang
dikenalpasti bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ia berkaitan
dengan Pengurangan
Kos, Motivasi Pekerja, Mengelakkan Tuntutan, Menjalankan Tanggungjawab Sosial
dan Menjaga Imej Organisasi.
Faktor Pertama bertujuan mengurangkan kos yang merupakan perkara
utama mengapa keselamatan dan kesihatan pekerja menjadi isu penting masa kini.
Walaupun Organisasi ditempat aku kerja sekarang sememangnya membiayai kos
perubatan kesihatan setiap pekerja termasuklah juga ahli keluarga, akan tetapi
pihak atasan sering kali menyuarakan beban kewangan yang terpaksa ditanggung
oleh organisasi berdasarkan kos pembiayaan perubatan pekerja yang tinggi pada
setiap masa. Sebaik-baiknya setiap pekerja perlulah bersama-sama membantu bagi
mengurangkan kos perubatan yang tinggi dimana ditanggung majikan dengan menjaga
kesihatan sendiri dengan lebih baik. Disamping itu juga pihak majikan telah
menyediakan beberapa klinik terpilih sebagai klinik panel berdaftar yang
membenarkan pekerja mendapat rawatan secara lebih teratur dan mudah.
Faktor Ke-2 pula adalah mengelak tuntutan. Ia bermaksud tindakan oleh
pihak berkuasa mengenakan denda atau tindakan ke atas organisasi yang
mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan para pekerja. Faktor mengelakan
tuntutan berkaitan dengan pematuhan organisasi terhadap akta OSHA 1994.Hal ini
bermakna setiap organisasi harus menyediakan persekitan kerja yang lebih selesa
dan memberi kesedaran kepada semua pekerja tentang kepentingan fungsi OSHA
dalam setiap organisasi. Walaupun organisasi cuba mengelakkan tuntutan, namun
organisasi tersebut haruslah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dalam
OSHA. Dengan ini organisasi terbabit mampu untuk menghalang dan mengelakkan
tuntutan daripada pihak-pihak lain.
Faktor Ke-3 adalah berkaitan dengan motivasi pekerja, apabila
organisasi menekankan aspek keselamatan dan kesihatan dimana menjadikan
keselesaan persekitaran tempat kerja dapat ditingkatkan serta dapat mendorong
pekerja untuk melaksanakan tanggungjawab dengan lebih cekap dan baik.
Setiap pekerja akan memberikan sepenuh komitmen kepada organisasi apabila
mereka berasa selamat dalam melakukan kerja. Apabila organisasi dapat
menyediakan persekitaran kerja yang selesa dan bersesuaian dengan kerja yang
dilakukan, semestinya ia mampu meningkatkan motivasi bagi mencapai objektif dan
sasaran organisasi.
Faktor Ke-4 adalah berkaitan dengan tanggungjawab sosial. Peningkatan aspek keselamatan dan kesihatan juga merupakan usaha organisasi ke arah melaksanakan tanggungjawab sosial. Setiap orgnisasi perlu selarikan usaha bagi mengaut keuntungan sama dengan menjaga atau menitikberatkan aspek keselamatan dan kesihatan semua pekerjanya. Setiap pekerja akan lebih bersemangat dan berasa selamat untuk bekerja kerana organisasi bukan sahaja mengajikan mereka sebagai pekerjan sahaja namun juga menjaga kepentingan terhadap keselamatan dan kesihatan.
Faktor terakhir iaitu yang ke-5 adalah berkaitan dengan imej organisasi,
di mana imej organisasi juga akan dapat ditingkatkan berdasarkan usaha
organisasi ke arah meningkatkan keselamatan dan kesihatan dalam organisasi.
Setiap organisasi dapat menjaga imej mereka bagi menggambarkan kesan
positif untuk diketahui umum. Setiap organisasi yang mempunyai imej
positif akan memudahkan organisasi tersebut mendapat perhatian dalam
mencari pekerja disamping kelebihan-kelebihan lain.
Setiap organisasi di
Malaysia perlu mengambil berat tentang aspek keselamatan dan kesihatan dalam
menjalankan urusan mereka. Keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebenarnya
merupakan satu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan jika diamalkan
dengan sempurna oleh organisasi. Apabila berlaku kemalangan atau kecelakan yang
boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian, ianya lebih merugikan serta
memberikan kesan negatif kepada organisasi. Realiti ini juga disokong dengan
statistik berkaitan dengan kemalangan perusahaan yang membimbangkan dan
melibatkan sejumlah besar pampansan.
Sesebuah organisasi itu
pasti dapat mengurangkan jumlah pampasan dan kos sampingan jika setiap
organisasi mampu menyediakan persekitaran kerja yang lebih sempurna dan
teratur. Menjaga kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja kepadaku juga
bermakna setiap organisasi itu menjaga periuk nasinya di mana kita ketahui
bahawa semua pekerja mahukan keadaan kerja yang selamat, selesa dan terkawal.
Ini kerana kebanyakan masa individu dewasa dihabiskan di tempat kerja itu
sendiri. Berdasarkan penyatan di atas adalah menjadi kewajipan untuk semua
organisasi di Malaysia untuk mwujudkan persekitaran kerja yang selamat serta
menyedari akan wujudnya undang-undang dan badan berkanun yang memantau
keselamatan dan kesihatan setiap pekerja-pekerja di Malaysia.
Rujukan :
1.
www.deanomar.blogspot.com
2.
www.miros.gov.my
3.
www.mohr.gov.my
4.
eprints.nottingham.ac.uk
6.
eprints.uthm.edu.my
7.
www.dosh.gov.my
8.
www.unevoc.unesco.org
9.
dspace.unimap.edu.my
10.
Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohd Hasun, 2008.Prinsip
Pengurusan Sumber Manusia. Selangor.Leeds Publications.
11.
Maimunah Aminuddin, Penterjemah Dr.Fauziah Noordin, 2003. Asas
Pengurusan Sumber Manusai. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.
12.
Faridahwati Mohd.Shamsuddin, Md. Lazim Mohd. Zin, Zuraida
Hassan, Hadziroh Ibrahim, Chandrakantan Subramaniam,Ghazali Din,Mohamad
Ismail Wasli dan Edora Ismail,2006.Pengurusan Sumber Manusia Di
Malaysia.Malayia.Mc Graw Hill.
No comments:
Post a Comment