KURSUS
|
EKSUKUTIF AUTOMOTIF
|
TAHAP
|
LEVEL 4
|
NO. DAN TAJUK MODUL
|
05-RULES AND REGULATIONS ADMINISTRATION II
|
TUGASAN
|
01.02-Ensure
compliance of machinery department requirements
01.07-Ensure
compliance of occupational safety and health act.
(osha) requirements
01.03-Ensure
compliance of department of environment (doe)
Requirements
01.05-Ensure
compliance of road transport irdinance
|
OBJEKTIF PENCAPAIAN
|
Identify
Fire Department Requirement, Machinery Department Requirement, Inflammable
Good Storage Regulation, Road Traffic Ordinance, Department of Environment
requirement and OSHA Regulation using Fire Department booklet, Machinery
Regulation booklet, Local Authority regulation document, Road Regulation
booklet, OSHA, Company rules and regulation, Environment Act, Building Layout
and Building plan so that the premise can be protected from hazard, equipment
and machinery meets the safety standard, inflammable good are stored in good
manner and the rules and regulations are followed.
|
TAJUK
|
PENGURUSAN ALAM
SEKITAR
|
TUJUAN
|
Pelajar akan mempelajari berkenaan sistem pengurusan alam sekitar dan
memahami sistem pengurusan alam sekitar. Sensitif dan proaktif dalam
menangani masalah alam sekitar berdasarkan sistem pengurusan alam sekitar dan
merancang serta melaksanakan tindakan pembetulan yang berterusan di tempat
kerja.
|
PENGENALAN
MATLAMAT PENGURUSAN ALAM SEKITAR
Objektif
utama mengadakan sistem pengurusan alam sekitar ( EMS ) adalah untuk
memperbaiki prestasi pengurusan alam sekitar sesebuah organisasi. Kebaikan yang
diperolehi daripada EMS ialah mengurangkan kos aktiviti dalam usaha mengelak
atau mencegah pencemaran alam sekitar, pematuhan kepada undang-undang yang
diwartakan dan secara tidak langsung menaikkan imej organisasi tersebut.
ISO
14000 memperincikan keperluan yang perlu ada dalam EMS. Organisasi yang ingin
melaksanakan EMS harus membangunkan polisi alam sekitar, objektif dan sasaran
yang dirangka mengikut aktiviti organisasi dan mengkaji semula sistem mengikut
kitaran konsep PDCA.
Kesinambungan penambahbaikan Pengurusan Alam
Sekitar adalah satu daripada konsep utama ISO 14001. Dokumentasi ISO 14001
adalah bersamaan dengan ISO 19001, walaubagaimana pun ISO 14001 memberi
penekanan terhadap alam sekitar.
Keutamaan
melaksanakan ISO 14001 adalah untuk mencapai satu tahap Pengurusan Alam Sekitar
yang betul bukan sekadar memiliki dokumen EMS yang menarik sahaja.Untuk mencapai penambahbaikan alam sekitar yang berkesan
dan cekap, perkara utama yang harus diberi penekanan ialah mengenalpasti
isu-isu alam sekitar sesebuah organisasi samada dari segi produk atau
perkhidmatan.
Perlaksanaan objektif
Pengurusan Alam Sekitar memerlukan sumber-sumber seperti kakitangan, kewangan
dan teknologi. Oleh itu satu senarai keutamaan terhadap objektif tersebut harus
disediakan dengan mempertimbangkan ‘amalan paksaan’.
Meskipun
setiap standard di dalam ISO 14000 mempunyai aplikasi tersendiri, standard di dalam ISO 14000 boleh
dikasifikasikan kepada dua kategori berdasarkan objektif dan sasarannya.
Pertama berdasarkan sistem. Nombor dokumen yang terlibat ialah siri-siri
ISO 14001, ISO 14010 dan ISO 14030. Manakala yang kedua berdasarkan kepada produk
di mana nombor dokumennya ialah siri-siri
ISO 14040 dan ISO 14020.
Pengurusan
Alam Sekitar mula diperkenalkan di Netherlands pada awal 1980an bertujuan
menjalankan Pengurusan Alam Sekitar ke atas syarikat-syarikat melalui penetapan
polisi alam sekitar dan mengenal pasti
aspek-aspek berkaitan alam sekitar.
KESAN SIRI-SIRI ISO 14000 TERHADAP ALAM SEKITAR
Permasalahan
penjagaan alam sekitar pada hari ini merebak dari kawasan atau zon tempatan dan
menular secara global. Punca pencemaran yang dihasilkan oleh aktiviti-aktiviti
industri memberi kesan yang serius terhadap tahap kesihatan manusia dan juga
kestabilan ekosistem.
Sektor perindustrian merupakan penyumbang utama
terhadap masalah alam sekitar dunia. Ini adalah kerana manusia banyak bergantung
kepada industri untuk menghasilkan sesuatu produk.
GAMBARAN ELEMEN-ELEMEN ISO 14000
ISO 14000 dipandu oleh
lima prinsip (seperti dalam rajah 1). Prinsip-prinsip tersebut ialah :
a. Prinsip 1 – komitmen dan polisi
b. Prinsip 2 – perancangan
c. Prinsip 3 – perlaksanaan
d. Prinsip 4 – pengukuran dan penilaian
e. Prinsip 5 – kaji semula dan penambahbaikan
Elemen-elemen di dalam ISO 14000 adalah berdasarkan PDCA
(Plan Do Check Action) yang
diperkenalkan oleh Deming. Terdapat 17 elemen dan diringkaskan merujuk kepada
prinsip-prinsip di atas.
Prinsip 1 – Komitmen dan Polisi
Elemen 1 – Polisi alam sekitar
Organisasi perlu wujud satu pernyataan dasar /
komitmen terhadap alam sekitar. Polisi ini digunakan sebagai rangka kerja kepada perancangan dan sesuatu tindakan.
Prinsip 2 – Perancangan
Elemen 2 – Aspek alam sekitar
Mengenalpasti sifat-sifat produk, aktiviti dan
perkhidmatan sesebuah organisasi. Menentukan samada perkara tersebut mempunyai
kesan atau tidak terhadap alam sekitar.
Elemen 3 – Undang-undang dan lain-lain keperluan
Mengenalpasti undang-undang dan
peraturan yang relevan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Elemen
4 – Objektif dan sasaran
Menetapkan matlamat Pengurusan Alam Sekitar organisasi
selari dengan polisi, kesan produk atau perkhidmatan terhadap alam sekitar,
pandangan-pandangan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dengan organisasi dan faktor-faktor lain.
Elemen 5 – Program Pengurusan Alam Sekitar
Tindakan-tindakan yang diambil untuk mencapai objektif
dan sasaran Pengurusan Alam Sekitar organisasi.
Prinsip 3 – Perlaksanaan
Elemen 6 – Struktur dan tanggung jawab
Menetapkan peranan dan tanggung jawab serta menyediakan
sumber-sumber.
Elemen 7 – Latihan, kesedaran dan kompetensi
Memastikan pekerja sesebuah organisasi terlatih dan mampu
memikul tanggung jawab dalam Pengurusan Alam Sekitar.
Elemen 8 – Komunikasi
Mengadakan proses-proses komunikasi dalaman dan luaran
terhadap isu-isu Pengurusan Alam Sekitar.
Elemen 9 – Dokumentasi
Menyenggara maklumat EMS dan lain-lain dokumen berkaitan.
Elemen 10 – Kawalan dokumen
Memastikan setiap prosedur-prosedur Pengurusan Alam
Sekitar dan lain-lain dokumen adalah berkesan.
Elemen 11 – Kawalan Operasi
Mengenal pasti, merancang dan mengurus operasi-operasi
dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan selari dengan polisi, objektif dan
sasaran yang ditetapkan.
Elemen 12 – Persediaan dan tindakan kecemasan
Mengenal pasti potensi-potensi berlakunya kecemasan dan
bangunkan prosedur-prosedur untuk mengatasinya serta tindakan yang perlu
diambil.
Prinsip 4 – Penilaian dan pengukuran
Elemen 13 – Pengawasan dan pengukuran
Mengawasi aktiviti-aktiviti utama dan rekod
prestasi.
Elemen 14- Ketidakpatuhan dan tindakan pembetulan serta
pencegahan
Mengenal pasti dan membetul serta membaiki permasalahan
seterusnya mencegah masalah berulang.
Elemen 15 – Rekod
Menyimpan rekod-rekod berkaitan prestasi Pengurusan Alam
Sekitar.
Elemen 16 – Audit sistem Pengurusan Alam Sekitar
Pengesahan Pengurusan Alam Sekitar secara berjadual
seperti yang dirancang.
Prinsip 5 – Kaji semula dan penambahbaikan
Elemen 17 – Kaji semula pengurusan tertinggi
Kaji semula secara berkala sistem Pengurusan Alam
Sekitar organisasi yang telah dijana supaya penambahbaikan secara berterus
dapat diamalkan.
ELEMEN
1 : POLISI ALAM SEKITAR
Elemen pertama dalam Pengurusan Alam Sekitar dirangkul
bersama dalam nombor dokumen berikut:
a. ISO 14004 4.1 Komitmen dan polisi
b. ISO
14004 4.1.1 Am
c. ISO
14004 4.1.2 Komitmen pengurusan tertinggi
d. ISO 14004 4.1.3 Permulaan kjian semula alam sekitar
e. ISO 14004 4.1.4 Polisi alam sekitar
Matlamat elemen-elemen ini adalah untuk memastikan
pengurusan tertinggi sesebuah organisasi mendefinasikan dan mengistihar komitmenya
terhadap polisi alam sekitar yang memerlukan penambahbaikan secara berterusan
yang bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti organisasi.
Ia merupakan pernyataan terhadap prinsip-prinsip dan
keinginan sesebuah organisasi untuk :
a. menandakan satu arahan jangka panjang sesebuah organisasi
b. menubuhkan satu rangka kerja untuk tindakan semua
kakitangannya
c. menyediakan bukti yang dikeluarkan dari pengurusan
tertinggi terhadap alam sekitar.
Prestasi sesebuah organisasi akan dihakimi berdasarkan
polisi alam sekitar. ISO 14000 memerlukankan keseluruhan program alam sekitar
diasaskan oleh pernyataan polisi alam sekitar. Oleh kerana itu sesebuah polisi
alam sekitar harus disediakan untuk melahirkan matlamat atau misi sesebuah
organisasi. Ia merupakan nilai teras seperti penjagaan alam sekitar dan tiga
komitmen utama terhadap Pengurusan Alam Sekitar adalah :
a. menumpukan perlindungan alam sekitar termasuk pembangunan
menyeluruh dan tata amalan penjagaan alam sekitar.
b. Menumpukan kepada penambahbaikan secara berterusan,
pengurangan pengurusan bahan mentah dan penjanaan sisa, penukaran penggunaan
bahan kimia berbahaya dan guna semula bahan mentah.
c. Mematuhi dan menyokong undang-undang, menyokong usaha
pihak berkuasa antarabangsa berkaitan penjagaan alam sekitar selain garis panduan
industri (Akta Kilang Dan Jentera dan OSHA)
Setiap kakitangan di dalam sesebuah organisasi MESTI
memahami kandungan polisi alam sekitar dan memberi komitmen terhadapnya.
Pembinaan
Polisi Alam Sekitar
Organisasi harus memulakan penyediaan polisi alam sekitar.
Ia dibina dan disokong oleh pihak atas secara aktif.
Polisi seharusnya digabungkan bersama strategi perniagaan keseluruhannya.
Polisi mesti relevan dengan aktiviti, produk dan
perkhidmatan sesebuah organisasi serta bersesuaian dengan lokasinya (undang-undang,
iklim dan sebagainya). Ia juga harus
serasi dengan lain-lain polisi seperti kualiti dan polisi keselamatan jika
wujud. Kebanyakan organisasi mengabungkan polisi keselamatan dengan polisi alam
sekitar. Mereka menguruskan Kesihatan dan Keselamatan Alam Sekitar (HSE) di
bawah fungsi yang sama. Akhirnya pengurusan HSE menjadi satu pengurusan
kualiti. Ketiga-tiga polisi tersebut mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri
kawalan bahan kimia, pengankutan, tindakan pembetulan, tindakan kecemasan, latihan
dan audit.
Polisi alam sekitar seharusnya SMART.
a. S – Simple
(mudah)
b. M – Measurable
(boleh diukur)
c. A - Achievable (boleh dicapai)
d. R - Reasonable (munasabah)
e. T - Tractable (mudah dikawal)
Melaksanakan
Polisi Alam Sekitar
Dari polisi, bangunkan sasaran-sasaran dan
objektif-objektif yang boleh diukur secara terperinci. Polisi diterjemahkan ke
dalam satu bentuk tindakan melalui program alam sekitar. Di dalam program
tersebut, pekerja-pekerja terlibat dikenalpasti dan peruntukan disalurkan untuk
menjayakannya.
Penerbitan
Polisi Alam Sekitar
Polisi merupakan satu pernyataan matlamat, visi dan
komitmen sesebuah organisasi. Kakitangan
yang terlibat dengan program-program alam sekitar serta pelanggan / pemegang saham yang
berminat dengan program tersebut harus sedar akan polisi yang dibentuk. Oleh
kerana itu, polisi mesti disebarkan kepada semua kakitangan, atau melalui media
cetak / elektronik, poster, agenda dalam mesyuarat dan latihan oriantasi. Boleh
juga dimasukkan ke dalam laporan tahunan, surat atau iklan.
Pengubahsuaian
Polisi Alam Sekitar
Polisi atau dasar bukan dokumen tetap. Segala perubahan
produk / perkhidmatan, polisi harus diubah juga bersesuai undang-undang dan
peraturan. Sepertimana aspek-aspek dan kesan-kesan aktiviti sesebuah organisasi,
produk dan perkhidmatan didefinasikan dan objektif dan sasaran aktiviti
ditetapkan, penapisan ke atas kenyataan polisi handaklah dilakukan dengan
segera.
Ianya harus diubah mengikut aktiviti-aktiviti sesebuah
organisasi. Beberapa keadaan yang mendorong kepada perubahan polisi adalah
seperti berikut:-
1.
perubahan
undang-undang dan jangkaan dan keperluan pihak-pihak yang berminat.
2.
perubahan
terhadap produk / perkhidmatan sesebuah organisasi.
3.
kemajuan
sains dan teknologi. (mesin baru dan sebagainya)
4.
pengajaran
dari insiden (alam sekitar) yang berlaku.
Setiap perubahan yang ada pada polisi, ianya juga harus
dihebahkan samada secara dalaman atau pun luaran.
Ringkasan
1.
EMS
memerlukan setiap oganisasi mempunyai atau membangunkan polisi alam sekitar
secara bertulis.
2.
Polisi
tersebut haruskah bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
3.
Komitmen
harus dinyatakan dengan jelas mengikut kehendak organisasi dan berlandaskan
undang-undang dan lain-lain kriteria dalam mencegah pencemaran dan
penambahbaikan yang berterusan.
4.
Polisi
harus isukan ke arah penjagaan alam sekitar dan mengambil berat mengenai produk
/ perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sesebuah organisasi.
5.
Polisi
harus dikomunikasikan dengan lebih berkesan agar semua pihak faham akan
kandungannya.
ELEMEN
2 : ASPEK-ASPEK ALAM SEKITAR
Elemen kedua dalam Pengurusan Alam Sekitar dirangkul
bersama dalam nombor dokumen berikut:
a. ISO 14001 A.3.1 Aspek-aspek alam sekitar
b. ISO
14004 4.2 Perancangan
Kehendak elemen-elemen di atas adalah untuk memastikan satu
pendekatan sistematik dan logik diambil untuk memenuhi polisi alam sekitar
terhadap penjagaan alam sekitar.
Ia juga untuk memastikan Pengurusan Alam Sekitar
berasaskan pengetahuan saintifik.
Sistem Pengurusan Alam Sekitar berdasarkan kitaran PDCA.
Dalam melaksanakan PDCA, organisasi perlu merancang bagaimana hendak berdepan
dengan masalah dan bagaimana aktiviti-aktiviti menghasilkan sesuatu produk atau
perkhidmatan boleh memberi kesan terhadap alam sekitar. Oleh itu untuk
menghadapi perkara tersebut, sesebuah organisasi perlu pertamanya
mengenalpasti aspek-aspek produk atau perkhidmatan yang menjadi
aktiviti-aktivitinya.
Sesuatu aspek merupakan apa-apa sahaja yang dianggap
punca terhadap pencemaran alam sekitar yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi
misalnya pengeluaran atau pelepasan gas ke atmosfera, pembuangan pepejal atau
sisa toksik yang boleh mengganggu muka bumi dan sebagainya.
Hubungan antara aspek-aspek dan kesan-kesan adalah
sebab-sebab dan kesan-kesan. Terma aspek adalah neutral. Aspek alam sekitar
mungkin samada positif (seperti membuat sesuatu produk daripada bahan buangan
atau kitar semula) atau negatif (seperti mengalirkan sisa toksik ke dalam
aliran sungai).
Untuk merancang dan mengawal aspek-aspek dan kesan-kesan
alam sekitar, sesebuah organisasi hendaklah terlebih dahulu mengetahui apakah
sumber tersebut dan dari manakah ia hadir.
Perlu tahu bagaimana sisa dijana dan bagaimana untuk mengurangkan atau
menghapuskannya. Pengenalpastian dari peringkat awal terhadap aspek-aspek alam
sekitar boleh mengurangkan misalnya sisa-sisa yang dihasilkan dan penggunaan
bahan-bahan mentah yang tidak sepatutnya. Kedua-duanya boleh membawa kepada
kesan positif terhadap alam sekitar dan menguntungkan organisasi. Sisa yang
dijana datangnya dari bahan mentah yang dibeli. Maka penggunaan bahan mentah
yang sedikit lebih menguntungkan.
ISO14000 memerlukan sesebuah organisasi mengekalkan
prosedur-prosedur bagaimana mengenalpasti aspek-aspek dan kesan-kesan yang
utama terhadap alam sekitar. Ini untuk
memastikan proses pengenalpastian adalah lebih sistematik, diterima akal dan
boleh digunapakai oleh kakitangan yang terlibat secara lansung dalam Pengurusan
Alam Sekitar.
Dalam proses pengenalpastian tersebut, organisasi
seharusnya memasukkan satu prosedur mengenalpasti aspek-aspek alam sekitar yang
boleh dikawal dan untuk menganggap semua sumber adalah penyebab kepada
pencemaran alam sekitar.
Pengenalpastian kesan-kesan utama alam sekitar adalah
mustahak sepertimana aktiviti-aktiviti lain seperti menyediakan polisi,
objektif dan sasaran, program alam sekitar, kawalan operasi dan sebagainya.
Semuanya adalah berasaskan pengetahuan tentang aspek-aspek utama alam sekitar.
Setelah aspek-aspek dan kesan-kesan dikenalpasti, maklumat tersebut haruslah
disimpan dan dikemaskini sebagai satu garis panduan kepada penambahbaikan
secara berterusan.
Pengenalpastian
Aspek-aspek dan Kesan-Kesan Utama
Untuk membantu mengenalpasti aspek-aspek, ISO14004
mengenalpasti aspek-aspek sebagai :-
a. Pelepasan ke udara ( emission to air)
b. Pelepasan ke sungai dan sebagainya
c. Pengurusan sisa (waste management)
d. Pencemaran tanah
e. Penggunaan bahan mentah dan sumber asli
f. Lain-lain isu tempatan berkaitan alam sekitar dan isu-isu
komuniti.
Dalam mengenalpasti aspek-aspek utama sesebuah operasi
samada operasi normal dan tidak normal, situasi shut-down, start-up atau
kecemasan perlu dipertimbangkan.
Untuk memulakan proses pengenalpastian, kategorikan
setiap aktiviti, produk atau perkhidmatan yang mungkin mempunyai kesan.
Organisasi yang menjalankan aktiviti pemprosesan akan
bermula dengan proses permulaan iaitu dari kemasukan bahan mentah sementara
semasa proses pemprosesan pula sisa dilepaskan dan dialirkan dari bahagian
pemprosesan tersebut. Akhirnya adalah aktiviti pensetoran, pengankutan,
pengedaran dan pelupusan sisa serta penyenggaraan.
Tiada teknik yang standard untuk mengenalpasti
aspek-aspek dan kesan-kesan terhadap alam sekitar. Proses berbilang langkah
boleh digunakan untuk membuat pengenalpastian ini. Ia bermula dengan satu
proses ringkas untuk mengenalpasti aspek-aspek dan kemudian proses tersebut
boleh diperhalusi semula atau kesan yang lebih jelas harus ditentukan dahulu,
isu-isu yang lebih komplek akan dikenalpasti kemudian.
Maklumat yang diperolehi dari proses ini didaftarkan
supaya ia boleh dikemaskini dan digunakan untuk mengenalpasti semula
aspek-aspek dan kesan-kesan dikemudian hari kerana terdapatnya butiran penting
dalam menilai produk, proses atau perkhidmatan baru biasanya jika ingin
meluaskan operasi atau proses.
ELEMEN
3 : UNDANG-UNDANG DAN LAIN-LAIN PERATURAN
Elemen ketiga dalam Pengurusan Alam Sekitar dirangkul
bersama dalam nombor dokumen berikut:
a. ISO 14001 A.3.2.1Undang-undang
dan lain-lain peraturan
b. ISO
14004 4.2.3 Undang-undang
dan lain-lain peraturan
c. ISO 14004 4.2.4 Kriteria prestasi dalaman
Kehendak elemen-elemen di atas adalah untuk mengenalpasti
keperluan undang-undang, perjanjian-perjanjian antarabangsa, garis panduan
peraturan dan bukan peraturan, kod-kod dan amalan industri supaya ia dipatuhi.
Ini merupakan asas kepada pematuhan polisi alam sekitar selain dari pencegahan
dan penambahbaikan kualiti alam sekitar secara berterusan. Prosedur harus
diwujudkan untuk menjalankan keperluan-keperluan tersebut.
Sesebuah organisasi perlu mengemaskini maklumat berkaitan
alam sekitar supaya ia selari dengan undang-undang dan lain-lain peraturan dan
sentiasa mengikuti perubahan terhadap undang-undang baru yang diwujudkan dari
masa ke semasa. Sebelum memulakan
sesuatu operasi atau aktiviti, sesebuah organisasi seharusnya mengkaji
peruntukan undang-undang yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Ini adalah
kerana penukaran awal yang dibuat terhadap operasi tersebut boleh mengurangkan
kos penukaran dimasa-masa akan datang.
Contoh-contoh peraturan
a. Spesifik kepada aktiviti-aktivi yang dijalankan misalnya
permit operasi tapak di bawah DOE dan DOSH.
b. Spesifik kepada produk atau servis.
c. Spesifik kepada organisasi.
d. Undang-undang am alam sekitar termasuk perjanjian dan
protokol antarabangsa misalnya Basel
Convention dan Montreal Protocol.
e. Penguatkuasaan, lesen dan permit misalnya lesen premis
yang dikeluarkan oleh DOE.
Ringkasan
a. Undang-undang dikenalpasti dan kod amalan industri
diamalkan.
b. Lain-lain peraturan atau keperluan dan standard-standard
yang telah ditetapkan perlu dikenalpasti sebelum memulakan sesuatu operasi atau
aktiviti.
c. Maklumat berkaitan undang-undang dan peraturan tersebut
perlu disampaikan kepada warga sesebuah organisasi.
ELEMEN
4 : OBJEKTIF DAN SASARAN
Elemen keempat dalam Pengurusan Alam Sekitar dirangkul
bersama dalam nombor dokumen berikut:
a. ISO 14001 A.3.3 Objektif dan Sasaran
b. ISO 14004 4.2.5 Objektif dan Sasaran Alam Sekitar
Tujuan elemen-elemen di atas adalah untuk menetap dengan
jelas matlamat keseluruhan (objektif) dan spesifik dengan cara yang boleh
diukur (sasaran) dalam mencapai matlamat tersebut.
Matlamat haruslah sesuai dan selari dengan polisi alam
sekitar organisasi. Ianya harus mencabar tetapi realistik.
Tumpuan harus diberikan kepada langkah-langkah pencegahan
yang menggunakan teknologi terbaik yang
ada di mana ianya ekonomi digunakan dan
berpeluang untuk mengurangkan kos serta mengelakkan pembaziran jika menyimpan
terlalu lama dalam aspek kewangan.
Objektif dan sasaran disediakan oleh organisasi itu
sendiri dan tiada standard dalam penyediaannya. Objektif tersebut boleh
ditetapkan dengan lebih terperinci untuk dicapai.
Intergrasi dengan strategi perniagaan dan lain-lain
sistem pengurusan dalaman serta lain-lain polisi amatlah penting.
Pertimbangan
Penyediaan Objektif dan Sasaran
Dalam merumuskan objektif dan sasaran sesebuah
organisasi, beberapa pertimbangan harus diberikan kepada perkara-perkara
berikut:-
a. Polisi - wujud unsur-unsur pencegahan dan penambahbaikan
berterusan.
b. Undang - undang dan lain-lain peraturan.
c. Teknologi dan aspek-aspek alam sekitar.
d. Operasi dan keperluan perniagaan termasuk kewangan.
e. Pandangan-pandangan dari pihak yang berminat terutama
pelanggan dan komuniti yang terlibat.
Perhubungan antara objektif dan sasaran ialah objektif
merupakan matlamat yang hendak dicapai dari polisi alam sekitar sementara
sasaran adalah keperluan-keperluan prestasi yang perlu dicapai menerusi
objektif alam sekitar.
Objektif mengandungi komitmen untuk:-
a. Mengurangkan sisa-sisa pencemaran
b. Mengurangkan dan menghapuskan pelepasan sumber pencemaran
c. Merekabentuk produk yang dapat mengurangkan atau
meminimumkan kesan pencemaran
d. Mengawal kesan alam sekitar apabila menggunakan bahan
mentah dengan memperkenalkan kesedaran terhadap pentingnya penjagaan alam
sekitar kepada pekerja-pekerja dan komuniti.
Contoh-contoh penetapan objektif :-
a. Polisi alam sekitar
i. Asingkan bahan-bahan yang merbahaya.
Pengasingan dilakukan dengan cara mengenalpasti jumlah
bahan yang merbahaya yang digunakan sedangkan bahan tersebut akan / telah
diharamkan penggunaannya.
Cadangan objektif / sasaran:
Mengantikan bahan tersebut kepada
bahan yang tidak merbahaya (diluluskan penggunaannya).
ii. Komitmen untuk mengurangkan pelepasan sisa ke udara.
iii. Komitmen untuk mengurangkan
pembaziran bahan mentah melalui kitaran semula / guna semula.
Apabila objektif dan sasaran ditetapkan, organisasi
seharusnya mempertimbangkan untuk mengadakan penanda pengukuran prestasi alam
sekitar. Penanda ini boleh digunakan sebagai asas kepada sistem penilaian
prestasi alam sekitar dan dalam menyediakan maklumat kepada Pengurusan Alam
Sekitar dan sistem operasi.
Ringkasan
l Objektif-objektif dan sasaran seharusnya didokumenkan.
l Mesti melibatkan setiap fungsi dan level di dalam
organisasi dalam penyediaan objektif dan sasaran.
l Memastikan bahawa objektif dan sasaran organisasi adalah
konsisten dengan polisi alam sekitar.
l Memastikan juga objektif dan sasaran yang ditetapkan
adalah konsisten terhadap perancangan perniagaan organisasi, misi dan lain-lain
strategi.
l Mengadakan proses untuk monitor dan melaporkan setiap
progres.
ELEMEN
5 : PROGRAM-PROGRAM PENGURUSAN ALAM SEKITAR
Elemen kelima dalam Pengurusan Alam Sekitar dirangkul
bersama dalam nombor dokumen berikut:
a. ISO 14001 A.3.4 Program-Program Pengurusan Alam Sekitar
b. ISO 14004 4.2.6 Program-Program Pengurusan Alam Sekita
Kehendak elemen ini adalah untuk memastikan langkah seterusnya diambil untuk
menetapkan dan melaksanakan sistem Pengurusan Alam Sekitar. Pengurusan Alam Sekitar adalah melaksanakan rangka kerja
untuk mencapai matlamat Pengurusan Alam Sekitar organisasi dan keutamaan
sesuatu program dikenalpasti.
Program Pengurusan Alam Sekitar adalah satu perancangan
perlaksanaan yang terperinci termasuk perancangan objektif dan sasaran dan
ianya berdasarkan kepada polisi alam sekitar organisasi yang telah dibuat.
Dalam proses menjayakan sesuatu program peluang
semestinya diambil untuk mengabungkan keperluan-keperluan di dalam program itu
sendiri, ianya adalah seperti jadual program, sumber-sumber, latihan dan
tanggungjawab untuk mencapai objektif dan sasaran. Ianya harus meliputi
pengabungan sistem pengurusan dalam sedia ada. Tujuan pengabungan ini bukanlah
suatu keperluan tetapi ianya menjadikan organisasi peka terhadap kecekapan
pengurusan dan pada masa yang sama boleh memastikan pengurusan berjalan dengan
lancar. Mereka yang sesuai di dalam sistem pengurusan begini ialah bahagian
pengurusan sistem kualiti, keselamatan dan kesihatan.
Program
Pengurusan Alam Sekitar (EMP)
EMP ialah satu pelan tindakan yang menetapkan jadual
aktiviti-aktiviti, peruntukan sumber seperti kewangan, kepakaran dan tenaga
kerja, dan latihan jika bersesuaian.
Ia mengenalpasti pilihan untuk mencapai target dalam
penggunaan teknologi yang digunakan, prosedur-prosedur, sistem melapor dan
pertukaran proses daripada yang sedang diamalkan. Sepanjang perrancangan
aktiviti-aktiviti peluang seharusnya diambil untuk mengenalpasti penambahbaikan
proses dan kecekapan kerja.
EMP dilihat sebagai satu perancangan dinamik yang mana
boleh diubahsuai jika perlu. EMP harus diubahsuai jika :-
a.
objektif
dan sasaran dikaji semula atau ditambah.
b.
sasaran
tidak menepati kehendak
c.
perubahan
kepada rangka kerja, produk, pasaran, proses-proses, kemudahan, dan
d.
lain-lain
faktor yang menyebabkan polisi, objektif dan sasaran berubah misalnya situasi
kewangan organisasi atau negara berubah.
Kerja ke atas pelan tindakan seharusnya melibatkan semua
bahagian di dalam sesebuah organisasi untuk memastikan program-program yang
dianjurkan berjalan lancar dan berrkesan.
Pertimbangan
Penilaian EMP
a.
adakah
penyelesaian mampu dilakukan?
b.
Adakah
pilihan munasabah, sumber kakitangan yang diberikan, kemahiran dan kemampuan
mereka?
c.
Kedapatankah
sokongan dari fungsi-fungsi atau bahagian lain seperti kewangan, pesonel dan
pemasaran?
d.
Adakah
tempoh yang diberikan realistik untuk mencapai sasaran?
e.
Adakah
pilihan serasi dengan strategi perniagaan?
f.
Adakah
pemilihan, penggunaan dan pembelian bahan mentah yang terbaik?
g.
Adakah
program mempertimbangkan pengambilan semula produk (take-back), pelupusan, guna tenaga dan analisis kitar hidup?
h.
Adakah
ia mengabungkan penyelidikan dan pembangunan, rekabentuk, isu-isu pengeluaran
dan pengedaran?
i.
Adakah
ia memberikan keputusan jangka pendek atau panjang didalam penambahbaikan alam
sekitar?
Perlaksanaan
Spesifik EMP
Kemungkinan terdapat banyak program-program khusus yang
memerlukan perlaksanaan pada bila-bila masa diberikan. Setiap pelan mesti
mengabungkan aktiviti-aktiviti lain bagi memastikan pengawalan dan satu cara
dicapai ke arah maksud objektif dan sasaran yang telah ditetapkan organisasi.
Contoh-contoh program adalah seperti berikut:-
a.
Pengawalan
terhadap pelepasan gas ke udara.
b.
Pengurusan
kualiti udara.
c.
Pengurangan
pelepasan dan pengaliran sumber-sumber
d.
Pemasangan
sistem rawatan
e.
Pemasangan
peralatan kawalan
f.
Pengurusan
kualiti air
g.
Pengurusan
bahan dan sisa berbahaya
h.
Penaksiran
bahaya, dan sebagainya
Ringkasan
Penyediaan pelan tindakan bagaimana sesebuah organisasi
akan mencapai objektif dan sasaran. Tarikh penghantaran hendaklah ditetapkan.
Sumbe-sumber yang diperlukan disediakan termasuk
tanggungjawab terhadapnya.
Mengambil berat dalam mana-mana perubahan kepada produk,
aktiviti-aktiviti, kemudahan-kemudahan , proses-proses, bahan mentah dan proses
pengurusan.
Tetapkan pengukuran pestasi dan sistem melapor.
Komunikasikan pelan tersebut di semua peringkat bahagian
dan mengawal progres program.
ELEMEN
6 : STRUKTUR DAN TANGGUNGJAWAB (KLAUS 4.4.1)
Elemen ke enam dalam Pengurusan Alam Sekitar dirangkul
bersama dalam nombor dokumen berikut:
a. ISO 14001 A.4.1 Struktur dan Tanggungjawab
b. ISO 14004 4.3.2
Memastikan keupayaan
c. ISO
14004 4.3.2.1 Sumber-sumber – manusia,
fizikal dan kewangan
d. ISO
14004 4.3.2.2 Penjajaran dan pengabungan EMS
e. ISO
14004 4.3.2.3 Akauntabiliti dan tanggungjawab
Elemen ini fokus kepada keperluan untuk mendefinasi
peranan, tanggungjawab dan kuasa sesiapa sahaja terlibat dalam Pengurusan Alam
Sekitar. Pengurusan tertinggi
memainkan peranan yang penting dengan menyediakan sumber-sumber utama dalam
melaksanakan dan mengawal sistem Pengurusan Alam Sekitar. Sumber-sumber yang disediakan mengandungi:-
a. Sumber manusia dan pengkhususan kemahiran, dan
b. Teknologi dan sumber kewangan.
Pengurusan tertinggi sesebuah organisasi harus memastikan
kemampuan dan kekompetenan adalah satu daripada kerja-kerja yang sangat
penting. Keberkesanan, peranan dan tanggungjawab di dalam EMS mesti
didefinasikan dengan jelas dan dikomunikasikan. Pengurusan tertinggi seharusnya
melantik seorang wakil pengurusan untuk:-
a. Memastikan EMS dibangunkan dan dilaksanakan
b. Melaporkan prestasi semasa
c. Bekerja bersama untuk mengubahsuai EMS jika perlu.
Tugas-tugas wakil pengurusan adalah sebagai penasihat,
koordinator, dan pemudahcara.
Kunci
Kejayaan – Peranan dan Tanggungjawab
Kejayaan berlaku apabila semua kakitangan menerima
sesuatu sistem yang dibuat dan seterusnya terlibat di dalam membangunkan sistem
tersebut.
Mereka juga perlu tahu apakah akibat dari penglibatan dan
peranan mereka terhadap sistem itu.
Mereka perlu tahu tanggungjawab, kepada siapa perlu
dilaporkan, siapa yang ada kuasa membuat keputusan dan bagaimana sesuatu
keputusan dibuat. Contoh-contoh peranan dan tanggungjawab adalah seperti
berikut:-
1. Pengurusan
tertinggi
a. Membangun dan menyampaikan falsafah dan polisi.
b. Mengawasi prestasi organisasi
c. Bersetuju dengan pelan strategi dan kaedah pengukuran
prestasi
2. Koordinator
Alam Sekitar
a. Sebagai penasihat dan peka terhadap keperluan
undang-undang dan isu-isu teknikal terkini.
b. memastikan kaedah dan prosedur yang sesuai
digunakan
c. mengesahkan bukti objektif disediakan
d. menentukan punca sesuatu permasalahan dan
ketidakpatuhan (non-compliance).
3. Pengurus
a. Implemen
pelan-pelan operasi, standard, sistem
pengurusan dan
kawalan, dan
prosedur-prosedur.
c. Mengurus sumber sediada untuk mencapai keberkesanan pelan
operasi.
d. Memberi maklum balas prestasi dengan tepat.
e. Memastikan keberkesanan komunikasi terhadap polisi alam
sekitar dan prosedur-prosedur yang diadakan.
4. Kakitangan-kakitangan
a. Mengikut
prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
b. Memberi
maklumbalas kepada pengurus-pengurus.
Masalah-masalah
Organisasi
Kebanyakan program alam sekitar di organisasi tidak
berjaya kerana beberapa faktor seperti berikut.
a. kurangnya definasi kerja, salah faham terhadap kerja,
peranan dan tanggungjawab.
b. Kuasa yang tidak jelas dan tidak mencukupi.
c. Kekurangan latihan
d. Sumber-sumber yang mengandungi terlalu banyak
tanggungjawab yang diletakkan kepada seseorang individu.
e. Kurangnya kuasa diberikan kepada koordinator alam sekitar
f. Tanggungjawab terhadap prestasi program-program diletakkan
dibahu koordinator melebihi pengurusan tertinggi.
Ringkasan
Definasi peranan dan tanggungjawab setiap individu.
Penyediaan sumber-sumber diperlukan untuk menjayakan
tugasan.
Melantik wakil pengurusan.
Berkomunikasi dengan setiap kakitangan
Gabungkan program-program alam sekitar bersama
fungsi-fungsi lain seperti fungsi perniagaan yang mana mungkin dan praktikal.
ELEMEN
7 : LATIHAN, KESEDARAN DAN KOMPETANSI (KLAUS 4.4.2)
Elemen ke tujuh dalam Pengurusan Alam Sekitar dirangkul
bersama dalam nombor dokumen berikut:
a. ISO 14001 A.4.2 Latihan, Kesedaran dan Kekompetensi
b. ISO 14004 4.3.2.4 Kesedaran Alam Sekitar dan Motivasi
c. ISO 14004 4.3.2.5 Pengetahuan, Kemahiran dan Latihan
Elemen ini akan memastikan semua personel yang mana
mungkin mencipta kesan utama terhadap alam sekitar menerima latihan yang baik
dan sesuai.
Alasan-alasan
Latihan Berkaitan EMS
Terdapat dua alasan terbaik mengapa latihan berkaitan EMS
perlu.
a.
semua
kakitangan boleh memiliki satu kesan ke atas alam sekitar
b.
mana-mana
kakitangan boleh menyumbangkan idea mengenai bagaimana untuk memperbaiki
Pengurusan Alam Sekitar.
Adalah penting mana-mana personel yang berkerja terutama
terhadap yang memberi kesan utama kepada alam sekitar adalah seorang yang
kompeten. Mereka haruslah ada pelajaran dan latihan yang sesuai.
Walaubagaimanapun latihan hanya satu elemen dari kompeten. Kompeten pada
lazimnya adalah satu produk kombinasi dari pelajaran, latihan dan pengalaman
seseorang.
Semua personel harus mempunyai kesedaran terhadap kepentingan
latihan. Satu pakej latihan harus direkabentuk untuk kakitangan baru. Latihan
bukan sekadar untuk capai menambah kemampuan organisasi tetapi adalah juga
untuk membantu mengubah sikap, proses berfikir dan perubahan corak tingkah laku
seseorang. Arahan-arahan pekerjaan
sendiri adalah tidak cukup bagi menjamin prestasi. Latihan ke arah kekompetenan
adalah penting terutamanya dimana satu tindakan akan diambil sebaik sahaja
seseorang melihat satu potensi masalah atau peka terhadap sesuatu isu atau masalah.
Program-program latihan adalah perlu untuk mendapatkan
mesej alam sekitar global, mengukuhkan dokumen prosedur-prosedur atau
arahan-arahan dan lain-lain usaha komunikasi di dalam sesebuah organisasi.
Latihan seharusnya dimulai dari level tertinggi termasuk kontraktor-kontraktor.
Tahap-tahap
Latihan
Latihan kesedaran alam sekitar seharusnya berbeza pada
peringkat yang berbeza dalam sesebuah organisasi yang mana bergantung kepada
tanggungjawab yang dipikul, peranan strateginya dan penglibatan secara terus
dalam tugasnya yang boleh memberi kesan tinggi kepada alam sekitar.
Jenis-jenis
Latihan Alam Sekitar
1.Latihan Kesedaran kepada semua kakitangan
- asas kefahaman
kepada isu-isu alam sekitar global dan keadaan alam sekitar organisasi.
- Kefahaman bagaimana
sesuatu tindakan mereka boleh memberi kesan terhadap prestasi alam
sekitar.
2.Polisi Alam Sekitar dan latihan Program Alam Sekitar
untuk semua kakitangan
- Kepentingan
kepatuhan kepada polisi alam sekitar dan prosedur-prosedur
- Kesan alam
sekitar utama dari
aktiviti-aktiviti yang berbeza
- Kesan-kesan
atau akibat-akibat dari ketidakpatuhan tatacara / prosedur pengendalian
3. Latihan Pengurusan Alam Sekitar
- Kawalan dan
pencegahan pencemaran
- Pengurusan
sisa
- Perancangan
kecemasan
- Sistem
Pengurusan Alam Sekitar dan audit alam sekitar
4. Latihan profesional
- Kelayakan
profesional diperlukan kepada pengurus alam sekitar, wakil Pengurusan Alam
Sekitar dan pelatih-pelatih.
5. Lain-lain latihan berkaitan alam sekitar
- Kepada semua
kakitangan mempunyai tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar
- Kepada
kakitangan yang terlibat secara langsung dengan prestasi dan undang-undang
alam sekitar
- Kepada
pengurus fasiliti, bahagian dan produk.
- Kepada pereka
proses dan perancang.
Langkah-langkah utama membentuk program latihan
- Menjalankan penilai keperluan latihan dengan
mengenalpasti kerja yang akan dilakukan dan kemahiran diperlukan,
analisis kemahiran yang mana individu telah miliki dan mengenalpasti
ruang kemahiran (skill gap).
- Kenalpasti
matlamat latihan (kesedaran, kemahiran dan sebagainya).
- Pilih program
dan kaedah yang sesuai (bilik kuliah, bengkel dan sebagaiinya).
- Menyediakan
pelan latihan (kenapa, apa, bila, di mana dan bagaimana).
- Melaksanakan
program
- Mengawal
selia dan jejak program dan selenggara rekod latihan
- Menilai
keberkesanan latihan.
- Memperbaiki
program latihan sepertimana keperluan.
- simpan
rekod-rekod latihan.
Ringkasan
1.
Kenalpasti
keperluan latihan.
2.
Bangunkan
pelan latihan.
3.
Sediakan
latihan disemua peringkat / tahap untuk memenuhi pengetahuan dan keperluan
kompetensi dalam program alam sekitar.
4.
Kawal
selia dan dokumenkan latihan.
5.
Memperbaiki
mutu latihan.
ELEMEN
8 : KOMUNIKASI (KLAUS 4.4.3)
Elemen kelapan dalam Pengurusan Alam Sekitar dirangkul
bersama dalam nombor dokumen berikut:
a. ISO 14001 A.4.3 Komunikasi
b. ISO 14004 4.3.3
Tindakan Sokongan
komunikasi dalaman dua hala yang berkesan adalah penting
dalam Pengurusan Alam Sekitar. Kepentingan elemen ini adalah untuk memastikan
polisi dan matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan difahami oleh
semua tahap di dalam sesebuah organisasi dan ada tindak balas keatas prestasi,
keupayaan masalah-masalah dan cadangan penambahbaikan kepada pihak atasan
disalurkan dengan cara yang terbaik. Sesebuah kaedah komunikasi perlu
diwujudkan apabila berhadapan dengan pihak luar.
Komunikasi akan membantu sesebuah organisasi untuk
menjelaskan polisi alam sekitarnya (dalaman dan luaran) dan bagaimana ianya
berkait rapat dengan visi dan strategi perniagaan organisasi. Ia menolong
mendorong tenaga kerja dengan
mendemonstrasikan komitmen pengurusan dan memastikan satu pemahaman
peranan-peranan kakitangan dan jangkaan pengurusan dan pihak luar yang
berminat.
Penetapan
Komunikasi Luaran
Seharusnya ada satu strategi dalam berkomunikasi. Adalah
perlu untuk menentukan siapakah mereka,
minat dan tanggungjawab mereka dan apakah yan mereka perlu tahu mengenai
organisasi, produk dan operasi. Organisasi perlu tahu apakah perkara yang ingin
mereka sampaikan dan apakah kaedah terbaik untuk menyampaikan maklumat tersebut.
Apabila berkomunikasi dengan kakitangan-kakitangan dalam
menjelaskan sesuatu perkara, penerangan tersebut bukan sekadar apa yang perlu mereka tahu atau buat
tetapi juga kenapa mereka perlu tau.
Misalnya adalah penting untuk mereka mengetahui kenapa pihak pengurusan mahu
melakukan sesuatu perkara yang mungkin kelihatan kepada mereka menjadi
berlebihan dan jelaskan juga kepada mereka tindakan tersebut diperlukan kerana
keperluan undang-undang dan pelangan-pelangan. Setelah itu adalah penting bagi
pekerja-pekerja untuk memahami peranan
mereka dalam situasi tersebut atau satu lagi situasi mungkin timbul di mana
organisasi secara keseluruhannya boleh berada di luar pematuhan.
Ringkasan
1.
Organisasi
perlu membangunkan prosedur-prosedur bagi komunikasi dalaman dan luaran.
2.
Perlu
menentukan siapa yang bertanggungjawab untuk memberi tindakbalas terhadap
pertanyaan-pertanyaan pihak luaran.
3.
Kenalpasti
kumpulan sasaran.
4.
Tentukan
kaedah komunikasi yang terbaik.
ELEMEN
9 : SISEM DOKUMENTASI PENGURUSAN ALAM
SEKITAR (KLAUS 4.4.4)
Elemen kesembilan dalam Pengurusan Alam Sekitar dirangkul
bersama dalam nombor dokumen berikut:
a. ISO 14001 A.4.4 Dokumentasi EMS
b. ISO 14004 4.3.3.2 Dokumentasi EMS
Organisasi harus mewujudkan sebuah manual samada dalam bentuk
kertas atau pun elektronik yang mengandungi gambaran utama bagaimana ia
bercadang mempersembahkan semua keperluan standard dan elemen utama didalam
sistem Pengurusan Alam Sekitar. Dengan
lain perkataan, sebagai mengulas bagaimana melaksanakan kesemua 17 fasal
didalam sistem Pengurusan Alam Sekitar dan menyediakan arahan dalam manual untuk mendapatkan kesemua
dokumen yang diperlukan untuk menjalankan sistem Pengurusan Alam Sekitar dan
bukti rekod-rekod untuk menunjukkan bahawanya sedang dijalankan. Dokumen Sistem
Pengurusan Alam Sekitar adalah satu sumber maklumat komprehensif EMS
organisasi. Oleh kerana itu, dokumentasi merupakan satu kaedah komunikasi.
Dokumentasi EMS membolehkan kakitangan dan pihak yang
berminat melihat bagaimana sesebuah organisasi menjalankan EMS. Dokumentasi EMS
merupakan koleksi komprehensif bagi semua maklumat yang dikehendaki dalam
mengurus EMS dan sokongan kesedaran
kepada kakitangan terhadap apa diperlukan untuk mencapai objektif EMS. Manakala
kepada pihak-pihak yang berminat, ia menyediakan bukti-bukti pembangunan EMS
dan membolehkan mereka menilai EMS dan pestasi alam sekitar organisasi.
Dokumentasi EMS menyediakan beberapa fungsi lain seperti
satu latihan dan rujukan manual untuk pekerja-pekerja baru dan jawatankuasa berkaitan
dalam organisasi yang secara langsung atau secara tidak langsung mesti
berurusan dengan EMS.
Ia juga sebagai
satu dokumen rujukan yang asas daripada perubahan dan audit yang boleh dibuat.
Manual sistem Pengurusan Alam Sekitar tidak semestinya
dalam bentuk manual berasingan. Ianya boleh digabungkan dengan lain-lain sistem
seperti sistem kualiti dan keselamatan dan kesihatan pekerja. Apa yang perlu
disediakan adalah panduan dokumen tersebut. Manual tersebut tidak perlu terlalu
terperinci. Walaubagaimana pun, seharusnya maklumat meliputi
1.
elemen-elemen
utama EMS.
2.
hubungan
dengan lain-lain sistem
3.
arahan
atau kaedah untuk memperolehi maklumat selanjutnya
Dokumentasi EMS yang diperlukan di dalam ISO14001 adalah
pendek dan ringkas dan menyamai Manual Kualiti dalam ISO 9000. Ianya digunakan
untuk mengendali dan menyediakan akses yang mudah kepada lain-lain dokumen
EMS. Ia menyediakan satu panduan untuk
memasukkan lain-lain manual dan dokumen-dokumen seperti manual prosedur-prosedur,
arahan-arahan, lukisan-lukisan, bahan-bahan rujukan, rekod-rekod dan lain-lain
yang berkaitan.
Kandungan Manual EMS haruslah sekurang-kurangnya
mempunyai perkara berikut :-
1.
pengenalan
organisasi, maklumat proses, struktur organisasi dan carta organisasi, peranan
dan tanggungjawab, polisi alamsekitar, aspek dan kesan, aspek-aspek utama,
objektif dan sasaran-sasaran
2.
deskripsi
EMS, senarai-senarai rujukan elemen ISO 14001
3.
prosedur-prosedur
operasi dan pelan kecemasan tapak
4.
senarai-senarai
rujukan dan daftar lain-lain dokumen seperti peraturan-peraturan dan permit
operasi atau lesen, standard dalaman dan inisiatif untuk melanggan,
langkah-langkah kawalan, senarai-senarai prosedur dan program Pengurusan Alam
Sekitar.
Ringkasan
- Lakukan sistem
dokumentasi Polisi Alam Sekitar, prosedur-prosedur utama dan lain-lain
elemen seperti prosedur untuk mengenal punca-punca pencemaran, kesan dan
penilaian terhadap sesuatu punca tersebut.
- Terangkan
bagaimana mencari dokumen yang tersenarai dan lain-lain dokumen yang
berkaitan misalnya Pelan Tindakan Kecemasan.
ELEMEN
10 : KAWALAN DOKUMEN (KLAUS 4.4.5)
Elemen ini diperihalkan juga dalam klause ISO 14001
(A.4.5) Kawalan Dokumen.
Tujuan elemen ini adalah untuk memastikan semua
dokumentasi dikawal dan diedarkan. Ini amat penting untuk memastikan bahawa
mereka yang sepatutnya mendapat versi yang betul dan terkini. Juga memastikan
mereka mudah untuk mendapat atau merujuk dokumen tersebut (lokasi di mana
dokumen di tempatkan).
Element ini juga menghenadki sesebuah organisasi
membangunkan dan senggara dokumen dengan baik bagi memudahkan perlaksanaan
Sistem Pengurusan Alam Sekitar secara
berkesan.
Perkerja-pekerja memerlukan maklumat yang betul dan
terkini dalam melaksanakan kerja mereka.
Sesetangah maklumat mengandungi prosedur-prosedur, lukisan-lukisan,
carta-carta, arahan-arahan kerja dan lain-lain dokumen. Untuk memastikan bahawa
mereka konsisten melakukan kerja yang betul, organisasi mesti menyediakan
dokumen yang betul dan semasa.
Jika tanpa satu mekanisma untuk mengawal dokumen Sistem
Pengurusan Alam Sekitar, sesebuah organisasi tiada cara untuk mengetahui atau
mengesahkan setiap pekerja telah melakukan tugas dengan betul.
Bagi memastikan setiap pekerja melakukan tugas dengan
baik berdasarkan dokumentasi EMS, organisasi seharusnya memiliki satu prosedur
dalam mengawal dukumen tersebut. Prosedur ini haruslah memastikan bahawa
1. dokumen-dokumen EMS boleh ditempatkan
2. dokumen-dokumen disemak secara berkala, dan
3. versi semasa perlu dimasukkan dan musnahkan dokumen lama.
Sepertimana Dokumentasi Sistem Pengurusan Alam Sekitar
(Klause 4.4.4), Kawalan Dokumentasi Sistem Pengurusan Alam Sekitar juga boleh
mencontohi keperluan ISO 19000 (Piawai Sistem Pengurusan Kualiti).
Sebagai dokumen-dokumen untuk digunapakai semua pekerja
pada sepanjang masa dan di mana sahaja, mereka sepatutnya menjadi
- jelas (legible)
- bertarikh
(mengandungi revision dan tarikh berkuatkuasa)
- mudah
dikenalpasti
- disenggara
dengan cara yang selamat dan teratur
Setiap dokumen haruslah mengandungi elemen-elemen yang
berikut
- tarikh dikeluarkan /
dikemaskini (issue / revision date)
- nombor revision
- tarikh dikuatkuasakan
- pengesahan (e.g
tandatangan)
- nombor dokumen
(atau lain-lain pengenalan)
- nombor salinan
- rujukan silang (cross
reference)
- salinan edaran
Ringkasan
- bangunkan satu
prosedur untuk mengawal dokumen EMS.
- menentukan
senarai edaran.
- mewujudkan
tanggungjawab dan kuasa untuk menyediakan dokumen, revision, pengurusan
dan pengedaran/obsolate.
ELEMEN
11 : KAWALAN OPERASI (KLAUS 4.4.6)
Elemen ini diperihalkan juga dalam klaus ISO 14004 (4.3.3.3 Kawalan Operasi)
Tujuan elemen ini adalah untuk memastikan polisi alam
sekitar dipatuhi.
Polisi alam sekitar adalah berdasarkan kepada pencegahan
pencemaran, pematuhan kepada undang-undang dan peraturan dan penambahbaikan
berterusan.
Oleh kerana itu, organisasi harus memastikan pengurusan
alam sekitar dikawal dengan sempurna. Ini amat penting terutama jika sesuatu
operasi adalah kompleks dan kesan terhadap alam sekitar adalah tinggi. Untuk
memastikan ianya berlaku, sesetengah operasi dan aktiviti-aktiviti mesti
dikawal dengan ketat.
Sebenarnya tidak semua aktiviti yang dilakukan oleh
sesebuah organisasi memerlukan prosedur. Keputusan untuk mengadakan prosedur
atau tidak adalah bergantung kepada kemahiran, pendidikan kakitangan, tahap
kesukaran dan risiko operasi tersebut. ISO 14001 menetapkan semua prosedur
didokumenkan dan ketidakhadiran sesuatu prosedur akan membawa kepada
penyimpangan dari polisi alam sekitar atau objektif dan sasaran. Oleh kerana
itu, menentukan operasi manakah yang perlu dimasukkan di dalam prosedur
mendokumen dan bagaimana operasi
tersebut dikawal adalah merupakan satu aspek yang kritikal dalam membangunkan
EMS yang berkesan.
Dalam menentukan
aktiviti yang perlu dikawal, sesebuah organisasi tidak seharusnya
menghadkan operasi utama bersendirian. Aktiviti-aktiviti seperti penyenggaraan,
pengurusan tapak oleh kontraktor-kontraktor, aktiviti-aktiviti pemerolehan
(procurement), pengankutan, pengendalian bahan dan pensetoran, dan pembuangan
sisa boleh mempengaruhi prestasi pengurusan alam sekitar dengan nyata sekali.
Oleh kerana itu aktiviti-aktiviti seperti ini memerlukan prosedur dalam
pengawalannya.
Prosedur-prosedur mesti meliputi tanggungjawab bagi
setiap tugasan, pemasaan (timing) dan keputusan yang dijangkakan serta sumber
yang diperlukan. Diskripisi tugas mestilah mengandungi pemilihan teknologi dan
bahan-bahan (materials), rekabentuk dan sistem operasi, penghantaran produk
atau perkhidmatan (service) dan pelupusan sisa. Prosedur-prosedur bukan sekadar
meliputi operasi normal tetapi juga operasi yang tidak normal dan situasi
kecemasan.
ELEMEN
12 : TINDAKAN DAN PERSEDIAAN KECEMASAN (KLAUS 4.4.7)
Elemen ini diperihalkan juga dalam klaus ISO 14004 (4.3.3.4 Tindakan dan Persediaan Kecemasan)
Tujuan elemen ini adalah untuk memastikan organisasi
pelan tindakan dan persediaan dalam menghadapi kecemasan dalam usaha
mengurangkan kesan alam sekitar daripada insiden-insiden yang tidak diduga.
Untuk tujuan ini, pelan tindakan dan persediaan kecemasan dan prosedur harus
dibangunkan.
Matlamat Pelan Tindakan dan Persediaan Kecemasan ialah
untuk memberi tindakbalas dan mengurangkan kemusnahan alam sekitar seperti pelepasan asap ke atmosfera,
pengaliran sisa ke sungai dan tanah, dan kesan kepada alam sekitar dan
ekosistem yang tidak normal, berlakunya kecemasan dan keadaan operasi yang
tidak dijangkakan.
Rancangan-rangcangan dan prosedur-prosedur mestilah diuji
secara berkala. Latihan mesti dijalankan, dikaji semula dan revised selepas
sesuatu peristiwa atau kemalangan.
Sesetengah kemalangan dan lain-lain situasi kecemasan
adalah diluar kawalan seperti bencana semulajadi, tindakan sabotaj, atau
kemalangan-kemalangan yang jarang berlaku. Dalam membuat persediaan kecemasan,
pertimbangan seumpama perkara tersebut haruslah diambil kira.
Persediaan
Rancangan
Sebelum memulakan penyediaan rancangan, organisasi
haruslah mengenal pasti dan mengklasifikasi proses-proses yang kritikal,
keadaan-keadaan yang tidak normal dan senario berkemungkinan berlakunya
kecemasan serta bahaya-bahaya yang berkaitan samada tinggi atau rendah, kecil
atau besar.
Kenalpasti keperluan peralatan yang diperlukan untuk
mencegah, mengurangkan atau hapuskan situasi tersebut
K U A L I T I H I D U P M A
L AYSIA 1999
Faktor-faktor
alam sekitar adalah penting dalam menilai kualiti hidup memandangkan alam
sekitar memberi kesan secara langsung ke atas kesejahteraan rakyat. Perkiraan
Indeks Alam Sekitar mengambilkira kualiti udara, peratus sungai yang
diklasifikasikan sebagai bersih mengikut Indeks Kualiti Air dan peratus
keluasan kawasan berhutan. Pada masa ini perkiraan tersebut dibuat untuk tempoh
14 tahun bermula dari 1985 hingga 1998 memandangkan data mengenai kualiti udara
dan air yang ada hanya meliputi tempoh berkenaan.Indeks Alam Sekitar telah
jatuh daripada 103.9 mata pada tahun 1985 kepada 100.9 mata pada tahun 1998
(Rajah 34).
Sungguhpun pembangunan ekonomi yang
pesat dan aktiviti industri yang meningkat telah memberi kesan buruk ke atas
kualiti alam sekitar, beberapa langkah telah pun diambil sejak awal tahun lapan
puluhan bagi mengawal pembuangan sisa dan pelepasan asap daripada sumber baru
dan yang sedia ada dengan melaksana dan menguatkuasakan undang-undang alam
sekitar yang komprehensif (Kotak 12). Ini adalah sebahagian daripada strategi
serampang tiga mata iaitu mengawal dan mencegah pencemaran, mengambilkira
faktor alam sekitar dalam perancangan pembangunan dan pengurusan sumber
semulajadi secara berkekalan.
Strategi ini adalah disokong dengan
program alam sekitar yang lain seperti program pemantauan, pendidikan, penyebaran
maklumat, latihan, penyelidikan dan pembangunan mengenai alam sekitar serta
kerjasama dan penyelarasan di antara agensi yang berkaitan. Udara yang kotor
adalah udara yang dicemari oleh berbagai bahan, lazimnya gas dan partikulat,
yang biasanya tidak terdapat dalam udara. Pencemaran udara berlaku melalui
pembakaran bahan api fosil dalam proses perindustrian, pengeluaran tenaga dan
pengangkutan, pembersihan tanah dan hutan secara pembakaran terbuka, serta
pembakaran sisa domestik dan industri (Kotak 13). Kualiti udara dinilai
berdasarkan kandungan purata tahunan plumbum (Pb) dan jumlah partikulat
terampai (TSP) di atmosfera yang diawasi daripada beberapa stesen pengawasan
kualiti udara di seluruh negara. Keadaan udara berada di paras tidak sihat jika
bacaan Pb melebihi 1.5 dan TSP melebihi 90 mikrogram se meter padu (mg/m3).
Secara keseluruhanya, kualiti udara
telah bertambah baik iaitu meningkat daripada 89.3 mata pada tahun 1985 kepada
100.1 mata pada tahun 1998 (Rajah 35). Paras TSP telah bertambah baik di Kuala
Terengganu, Kuching dan Ipoh di antara tahun 1992 dan 1995. Paras Pb di sekitar
Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam mencatat penurunan di antara tahun
1988 dan 1997, sebahagian besarnya mungkin disebabkan oleh piawaian kandungan
plumbum dalam petrol yang lebih ketat telah di kenakan oleh Kerajaan sejak
tahun lapan puluhan dan kempen menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbum.
Walaupun sub-indeks kualiti udara menunjukkan kualiti udara yang semakin baik,
terdapat juga sedikit peningkatan keasidan dari pencemaran atmosfera yang
melepasi sempadan negara. Pencemaran tersebut disebabkan oleh pembakaran hutan
yang telah berlaku dalam beberapa minggu pada tahun 1996 dan 1997.
Kualiti air yang dicerminkan oleh
peratus sungai bersih seperti diklasifikasikan mengikut Indeks Kualiti Air
(Kotak 14), mencatatkan penurunan daripada 55.8 peratus pada tahun 1985 kepada
27.5 peratus pada tahun 1998 sepertimana ditunjukkan oleh sub-indeks peratus
sungai bersih yang semakin rendah (Rajah 36). Penurunan ini mungkin di sebabkan
oleh musim kemarau yang berpanjangan di kebanyakan tempat di sepanjang tempoh
tersebut dan juga oleh sisa buangan dari isirumah dan ladang ternakan, effluen
dari sektor pembuatan dan industri berasaskan pertanian, pepejal terampai dari
hakisan tanah dan sisa logam.
Lazimnya pencemaran udara disebabkan
oleh bahan-bahan seperti jumlah partikulat terampai (TSP), plumbum (Pb), karbon
monoksid (CO), sulfur dioksid (SO2), nitrogen monoksid (NOx) dan kandungan
habuk berukuran 10 mikron (PM10). TSP termasuk PM10 (yang mempunyai ukuran
garispusat 10 mikron atau kurang) adalah merupakan partikulat halus yang
memasuki atmosfera daripada pelepasan asap industri, pengangkutan, operasi
perlombongan, loji janakuasa termal dan mesin pembakar sisa. Ia boleh
menyebabkan kesan buruk keatas fungsi respiratori dan boleh juga mengurangkan
jarak penglihatan.
Pb daripada pembakaran bahan api
memberi kesan buruk keatas sistem peredaran darah, urat saraf dan reproduktif,
dan mengurangkan keupayaan pembelajaran kanak-kanak. CO dilepaskan ke atmosfera
melalui pembakaran bahan api dan memberi kesan buruk kepada mereka yang
menghadapi
masalah
peredaran dan kekurangan darah. SO2 dilepaskan di atmosfera oleh industri
minyak dan gas, pengeluaran tenaga, pembakaran arang batu, pembakaran bahan api
kilang dan proses pengilangan. Tahap SO2, yang tinggi bukan sahaja
mengakibatkan hujan asid tetapi memberi kesan buruk keatas masalah lelah dan
bronkaitis serta boleh merosakkan paru-paru.
Pelepasan Nox adalah berpunca
daripada aktiviti pengangkutan, pembakaran bahan api oleh stesen janakuasa dan
kilang. Ianya boleh menyebabkan kerosakan paru-paru dan meningkatnya bilangan
penyakit yang berkaitan dengan respiratori. Piawaian kualiti air sungai
berdasarkan Indeks Kualiti Air (WQI) yang di ukur melalui keperluan oksigen
biokimia (BOD), jumlah pepejal terampai (TSS), keperluan oksigen kimia (COD),
ammoniakal nitrogen (NH3-N), nilai pH, dan logam berat.
BOD
berpunca dari pencemaran organik, kebanyakannya dari pelepasan efluen industri dan
domestik, TSS berpunca dari hakisan tanah dan mendapan dan NH3-N dari kumbahan
dan sisa binatang. Ukuran tersebut dihitung dan dijadikan indeks kualiti air
keseluruhan yang di gunakan untuk mengklaskan sungai sebagai bersih, sederhana
cemar dan tercemar. hasilkan dari kilang.
Berbagai usaha diambil oleh Kerajaan
untuk meningkatkan kualiti sungai dalam negara. Ini termasuk kempen ‘Cintai
Sungai Kita’, memindah dan menempatkan semula kilang papan, setinggan dan
ladang babi, mengadakan perangkap sampah di sepanjang sungai yang tercemar,
melebarkan sungai dan membina kolam takungan untuk memperbaiki pengaliran air,
dan menguatkuasakan undangundang yang sedia ada berkaitan dengan pencemaran air
sungai serta mengenakan denda, menarik balik lesen dan memotong bekalan air
kepada kilang haram atau yang melakukan pencemaran. Usaha yang berterusan untuk
memperbaiki alam sekitar membantu mengatasi punca pencemaran air yang teruk
dari industri berasaskan pertanian iaitu industri kelapa sawit dan getah.
Langkah untuk mencegah pencemaran oleh
industri berkenaan telah memberi kesan baik dalam memulihkan kualiti air di
kebanyakan sungai. Industri berkenaan kini sedang mengambil langkah yang
bersungguh-sungguh ke arah menghasilkan ‘pembuangan sisa sifar’. Bagi tujuan ini,
penyelidikan sedang giat dijalankan untuk menukarkan sisa buangan menjadi
keluaran sampingan yang berguna. Hutan memainkan peranan penting dalam
pemuliharaan tanah, air, hidupan liar dan perlindungan alam sekitar serta
keperluan untuk memelihara ekosistem dan alam sekitar.
Subindeks peratus kawasan berhutan berbanding
keluasan tanah keseluruhan adalah stabil bagi tempoh 1985-1998. Kawasan
berhutan telah berkurangan daripada 61.4 peratus pada tahun 1985 kepada 58.3
peratus pada tahun 1992 dan kemudiannya meningkat kepada 62.5 peratus pada
tahun 1995 dan turun semula kepada 62.2 peratus pada tahun 1998 seperti yang
ditunjukkan oleh sub-indeks kawasan berhutan (Rajah 37). Pengurangan kawasan
berhutan adalah disebabkan oleh penukaran kawasan tanah hutan untuk pertanian
dan pembalakan. Untuk memastikan kewujudan hutan tropika yang berterusan,
berbagai strategi telah dilaksanakan untuk mengekalkan hutan alam semulajadi,
mengadakan hutan rekaan manusia di tempat strategik dan memulihkan kawasan
pembalakan yang berlebihan. Kawasan berhutan yang sering dikenalpasti sebagai
estet hutan kekal akan diuruskan secara berkekalan mengikut empat fungsi utama
iaitu hutan perlindungan, hutan berhasil, hutan lipur serta hutan penyelidikan
dan pendidikan (Kotak 15).
Malaysia juga telahmenubuhkan satu rangkaian
kawasan perlindungan seperti taman negara, santuari hidupan liar, taman alam,
santuari burung
HUTAN PERLINDUNGAN adalah bagi
memastikan keadaan iklim dan fizikal yang baik, melindungi sumber air, menjaga
kesuburan tanah dan kualiti alam sekitar, mengekal kepelbagaian biologi serta
mengurangkan kemusnahan yang di sebabkan oleh banjir, hakisan sungai dan tanah
pertanian, contohnya Hutan Perlindungan Belum di negeri Perak. HUTAN BERHASIL
adalah untuk mengeluarkan hasil semua jenis hasil hutan yang perlu bagi tujuan
pertanian, domestik dan industri, serta juga untuk eksport secara ekonomik,
berterusan dan dengan kadar yang berpatutan, contohnya Hutan Perlindungan
Sungei Buloh di negeri Selangor HUTAN LIPUR adalah untuk mengekalkan kawasan
hutan yang mencukupi bagi tujuan rekreasi dan pelancungan berdasarkan ekologi
serta menggalakkan kesedaran awam dalam pemuliharaan hutan, contohnya Hutan
Perlindungan Air Keroh di negeri Melaka.
HUTAN PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN
adalah untuk menjalankan penyelidikan, pendidikan dan pemuliharaan kepelbagaian
biologi, contohnya Hutan Perlindungan Pasoh di Negri Sembilan dan taman laut
bagi pemuliharaan kepelbagaian biologi. Malaysia adalah salah satu daripada 12
negara di dunia yang dikenali sebagai kawasan ‘megadiversity’ yang menjadi
tempat tinggal kepada kira-kira 14,500 spesis bunga dan pokok, 600 spesis
burung, 210 spesis mamalia, 150 spesis katak, 140 spesis ular, 80 spesis cicak
dan spesis serangga serta hidupan lain yang tidak terkira jumlahnya.
Senarai Peraturan dan Perintah yang
Dikuatkuasakan Dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling,
1974(Pindaan 1996)
- Perintah
Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit
Mentah), 1977
- Peraturan-Peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit
Mentah), 1977 (Pindaan 1982)
- Peraturan-Peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Pelesenan), 1977
- Kaedah-Kaedah
Kereta Motor (Kawalan Pelepasan Asap dan Gas), 1977
- Perintah-Perintah
Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah)
(Pindaan), 1978
- Peraturan-Peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah), 1978
(Pindaan 1980)
- Peraturan-Peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978
- Peraturan-Peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun Kesalahan), 1978
- Peraturan-Peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen Perindustrian), 1979
- Peraturan-Peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kepekatan Plumbum dalam Gasolin Motor),
1985
- Peraturan-Peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor), 1987
- Peraturan-Peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan)
- (Penilaian
Kesan Kepada Alam Sekeliling), 1987
- Peraturan-Peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), 1989
- Perintah
Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Kemudahan Pengolahan Dan
Pelupusan BuanganTerjadual), 1989
- Peraturan-Peraturan
Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Kemudahan Pengolahan Dan
Pelupusan Buangan Terjadual), 1989
- Perintah Kualiti
Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kawalan Pencemaran Marin), 1993
- Perintah
Kualiti Alam Sekeliling (Larangan Ke Atas Penggunaan Klorofluorokarbon dan
Lain-lain Gas Sebagai Propelan dan Agen Pengembang), 1993
- Perintah
Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kawalan Pencemaran Marin)
(Pindaan), 1994
- Perintah
Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kawalan Pencemaran Marin), 1994
- Perintah
Kualiti Alam Sekeliling (Larangan Terhadap Penggunaan Bahan Terkawal Di
Dalam Sabun, Bahan Cuci Sintetik dan Agen Pencuci Lain), 1995
- Perintah
Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Disel), 1996
- Perintah
Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol 1996)
No comments:
Post a Comment