AKTA BOMBA

TAJUK

PENGENALAN AKTA BOMBA

TUGASAN
01.04 Ensure compliance of company rules and regulations
01.06 Ensure compliance of local council requirements
01.01 Ensure compliance of fire safety department requirements

OBJEKTIF PENCAPAIAN
PIAWAIAN

Ensure compliance of fire safety requirements   using   workshop layout plan, fire safety rules and regulation booklet, safety signage, Firefighting Equipment Checklist , Organization Chart, etc.  so that  fire safety regulations requirements and  workshop layout  identified ,  firefighting equipment obtained, fire safety requirements compliance assured and recorded in accordance with   fire safety rules and regulation requirements and company’s Standard Operating Procedure.


PENGENALAN

Undang-undang diperlukan dalam pentadbiran sesebuah kerajaan. Antara tujuan undang-undang ialah sebagai kawalan dan garis panduan untuk menjaga kepentingan Negara dan masyarakat itu sendiri secara keseluruhan. Realitinya banyak status yang sedang berkuatkuasa namun sesetengahnya mungkin tidak diketahui oleh segelintir masyarakat kerana ia tidak berkaitan secara langsung dengan mereka. Sebagai contoh, undang-undang berkaitan jalanraya umumnya diketahui masyarakat kerana ia banyak berkaitan secara langsung terhadap mereka. Misalnya, umum mengetahui bahawa memandu tanpa Lesen adalah merupakan suatu kesalahan.

Namun terdapat juga undang-undang yang tidak lazim diketahui oleh orang awam seperti kesalahan-kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988. Ini mungkin tidak diketahui umum kerana kebiasaannya hanya golongan tertentu yang berkaitan langsung dengan peruntukan akta ini yang banyak bergantung kepada Statut lain seperti Undang-Undang bangunan Kecil Bangunan Seragam 1984 (atau Sarawak Building Ordinan, mengikut mana ia terpakai). Bagi memperhalusi pemahaman dan aplikasinya, rujukan juga perlu dibuat terhadap Piawaian-Piwaian tertentu yang berkaitan.      

Antara golongan yang seharusnya mengetahui dan memahami dengan mendalam tentang perkara ini ialah Pegawai Bomba, Jurutera-Jurutera Perunding, Arkitek Pihak Berkuasa Tempatan, Pegawai Keselamatan Kebakaran, Pegawai keselamatan dan Kesihatan, Pemilik/Pengurus Bangunan berisiko, Juruteknik Bangunan, dan Orang awam yang sentiasa peka khususnya isu Keselamatan Kebakaran.

Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (APB 1988) berkuatkuasa selepas disiarkan dalam warta pada 9 Jun 1988. Ia adalah suatu akta untuk membuat peruntukan perlu untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berfungsi dengan berkesan dan cekap, untuk melindungi manusia dan harta benda daripada risiko kebakaran dan untuk tujuan yang berkaitan dengannya.

APB 1988 mengandungi sebanyak 9 Bahagian dan 63 Seksyen. Di bawah Seksyen 62 Akta ini juga memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan. Ia juga mengandungi dua Jadual iaitu Jadual Pertama yang mengandungi Borang-Borang iaitu Borang A (Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran), Borang B (Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran Seterusnya), Borang C (Notis Untuk Memberi Sebab), Borang D(perintah Tutup), Borang E (Notis Untuk Memberi Sebab di bawah Seksyen 35(2) APB 1988) dan Borang F (Perintah Larangan). Seterusnya jadual Kedua menetapkan pangkat-pangkat dalam JBPM di bawah seksyen 3(6) APB 1988.


Antara Perundangan Subsidiari yang telah digubal di bawah S62(1) APB 1988 ialah:
1.Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba 1988 (FI Pusat Latihan Bomba) 1996
2.Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba (Kumpulan Wang Kebajikan JPB) 1997
3.Perintah perkhidmatan Bomba (Premis Ditetapkan) 1988
4.Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba (Pengkompaunan Kesalahan) 2000
5.Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba (Perakuan Bomba) 2001; dan
6.Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba (Tatasusila Pegawai Bomba) 2003   


Apakah kesalahan-kesalahan yang menyalahi Akta Perkhidmatan Bomba dan Undang-undang Subsidiarinya?
Seksyen 58 APB 1988 menyatakan bahawa;
" Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang tiada penalti diperuntukan dengan nyata baginya boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya"
Terdapat beberapa peruntukan yang memperuntukkan kesalahan di bawah APB 1988 namun terdapat 2 kesalahan lazim yang dilakukan iaitu Kesalahan dibawah S10 iaitu tidak mematuhi notis penghapusan bahaya kebakaran dan S33 iaitu kesalahan kerana tiada perakuan bomba berkuatkuasa berhubung dengan premis ditetapkan.

Oleh itu, anda perlu mengetahui bahawa samada Premis anda adalah premis ditetapkan? KENAPA?

Pemunya "Premis Ditetapkan" dikehendaki agar mempunyai Perakuan Bomba menurut  S28(1) APB 1988 dan Jika tiada Perakuan Bomba, anda melanggar S33 APB 1988.

Tahukah anda? terdapat beberapa situasi bila mana Pemunya Premis boleh ditafsirkan tidak mempunyai Perakuan Bomba berkuatkuasa iaitu:



Situasi 1 : Pemunya Premis tidak memohon samada menerima atau tidak surat peringatan daripada JBPM (Surat peringatan adalah peringatan mesra Jabatan, dan bukan prosedur wajib menurut undang-undang kerana obligasi terletak di bahu Pemunya Premis)

Situasi 2 : Walaupun pemohon ada memohon namun dokumen tidak lengkap dan pemohon tidak meneruskan untuk menghantar bagi melengkapkan permohonan itu apabila diminta.

Situasi 3 : Walaupun permohonan lengkap telah dibuat dan pemeriksaan telah dibuat namun Pemunya Premis tidak mematuhi notis yang menghendaki Pemunya Premis membuat apa-apa keperluan menurut undang-undang yang telah dikenalpasti oleh pegawai semasa pemeriksaan.   


Bagaimana anda mengetahuinya?? Adakah premis anda tergolong dalam rekabentuk seperti di bawah??

Rujuk Jadual Perintah Perkhidmatan Bomba (Premis Ditetapkan) 1988


1.              Perpustakaan dengan lebih daripada 1000 meter persegi luas lantai.

2.              Hospital dan rumah rawatan; samada 3 tingkat dan lebih dimana   
           setiap kawasan lantai melebihi 250 meter persegi; 5 tingkat dan lebih.
3.              Hotel Rekabentuk langkan terbuka: 4 tingkat dan lebih 50 bilik; 6   
           tingkat lebih. Bagi rekabentuk lain; 21 bilik dan lebih.
4.              Asrama dan dormitori: 4 tingkat dan lebih dimana setiap kawasan
           lantai melebihi 250 meter persegi; 6 tingkat dan lebih. 

5.              Pejabat: ketinggian melebihi 30 meter ATAU 10,000 meter persegi
           keluasan jumlah lantai.

6.              Kedai : 2001 meter persegi jumlah keluasan lantai.

7.              Kilang : Satu tingkat 2001 meter persegi dan terpasang Sistem
                     Semburan Automatik; 2 tingkat di mana setiap lantai dibina sebagai  
                     ruang berasingan, pembinaan tunggal atau teres melebihi 1000 meter
                     persegi jumlah keluasan lantai; 3 Tingkat dan lebih; Kilang bertingkat
                     pembangunan blok pendekatan langkan terbuka 2 Tingkat dan lebih
                     dimana setiap ruang melebihi 7000 meter padu; Struktur khas seperti
                     kompleks kisar sawit, kilang penapis minyak, kerja simen dll; proses   
                     berbahaya.

8.              Tempat Perhimpunan: Bangunan tanpa 'Centralised Aircond' 2000  
           meter persegi dan lebih; Bangunan bukan 'Centralised Aircond'
           melebihi 1000 meter persegi Atau dengan muatan 1000 orang dan  
           lebih.

9.              Storan dan Am: Struktur tempat letak kereta bawah tanah melebihi
           1000 meter persegi; lebih daripada 7000 meter padu; 2 TIngkat dan  
            lebih dengan lebih daripada 1000 meter persegi keluasan jumlah
            lantai.
[Sumber : PU(A) 276/1988]


Kesalahan-Kesalahan yang boleh dikompaun??


1.              S23(4)- Tidak memberikan notis kepada KPN sebelum menjalankan kerja-kerja yang menjejaskan Pili Bomba (Subseksyen 23(1)) atau Tidak menentukan pili bomba berada dalam keadaan baik selepas dijalankan kerja yang menjejaskan pili bomba (Subseksyen 23(2))

2.              S25(2)- Enggan membenarkan pemasangan plat pili bomba, Menghalang orang yang memasang plat pili bomba, mengalih atau mencatatkan plat pili bomba.


3.              S26 - Menutup, mengepun atau menyembunyikan pili bomba. menggangu pili bomba. menggunakan pili bomba selain dari tujuan menentang kebakaran,

4.              S47 - Tanpa kebenaran Pegawai Bomba, memasuki atau berada di dalam premis yang diambil milik oleh Ketua pengarah.


5.              S51 - Menggangu Pegawai Bomba semasa menjalankan tugasnya.

6.              S52 - tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa.


7.              S55 - Merosakkan, menyembunyikan, mengaktifkan atau mendeaktifkan penggera kebakaran tanpa sebab yang munasabah.

8.              Selain itu terdapat 3 kesalahan yang boleh dikompaun di bawah Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba (Perakuan Bomba) 2001 iaitu Peraturan 3(5), 5(3) dan 6(2).  

 

Organisasi Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba Malaysia


Objektif

Untuk menetapkan dasar keselamatan kebakaran dan mempastikan perlaksanaannya mengikut undang-undang yang berkaitan melalui:
 
·        Menguatkuasakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 di bawah peruntukan perakuan bomba dan penghapusan bahaya kebakaran.
·        Mengemaskini peraturan-peraturan dan arahan-arahan Bahagian Keselamatan Kebakaran berhubung perakuan bomba, penghapusan bahaya kebakaran, perakuan bangunan dan perakuan perlesenan supaya menjadi lebih relevan dengan keperluan semasa.
·        Mempastikan keperluan perlindungan sistem pasif dan aktif di semua premis menepati kehendak-kehendak di dalam peruntukan undang-undang dan kod amalan semasa.
·        Menggubal keperluan peraturan dan piawaian dengan kerjasama agensi penyelidikan dalam negara berkaitan penggunaan bahan-bahan dan sistem pepasangan keselamatan kebakaran.
·        Menilai dan memastikan pepasangan keselamatan kebakaran menepati peraturan-peraturan dan piawaian semasa.
·        Membudayakan kesedaran keselamatan kebakaran kepada semua lapisan masyarakat melalui kempen yang relevan mengikut kumpulan sasar.

Fungsi

Fungsi Bahagian Keselamatan Kebakaran menerusi cawangan-cawangan yang ada di bawah Bahagian Keselamatan Kebakaran


1. Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran
 
·        Mengkaji aspek perundangan berkaitan dengan keperluan Pepasangan Keselamatan Kebakaran (PKK).
·        Menyediakan dasar, arahan dan panduan pelaksanaan pengeluaran perakuan keselamatan kebakaran.
·        Mengkaji dasar dan keperluan pelaksanaan penggunaan Performance Based atau Fire Safety Engineering Approach.
·        Menyediakan panduan pemeriksaan dan pengujian PKK.
·        Mengkaji penggunaan PKK yang terkini.
·        Mengkaji aspek teknologi keselamatan kebakaran yang terkini dan berkesan.
·        Memantau pelaksanaan pengeluaran perakuan keselamatan.

2. Cawangan Perakuan Pelesenan Bangunan
 
·        Menyediakan dasar, arahan dan panduan pelaksanaan pengeluaran perakuan pelesenan.
·        Mengkaji keperluan perundangan berkaitan dengan penggunaan bangunan atau premis yang selamat.
·        Memantau pelaksanaan pengeluaran perakuan pelesenan bangunan.

3. Cawangan Penghapusan Bahaya Kebakaran
 
·        Menyediakan dasar dan arahan berkaitan dengan pelaksanaan penghapusan bahaya kebakaran.
·        Menyediakan pelan strategik penghapusan bahaya kebakaran tahunan dan 5 tahun.
·        Mengkaji keperluan perundangan dalam melaksanakan penghapusan bahaya kebakaran.
·        Menyediakan panduan pemeriksaan ke atas premis atau bangunan.
·        Mengkaji keberkesanan penghapusan bahaya kebakaran dalam mengurangkan bilangan kebakaran.
·        Memantau pelaksanaan penghapusan bahaya kebakaran.



4. Cawangan Perakuan Bomba
 
·        Menyediakan dasar dan arahan berkaitan dengan pelaksanaan perakuan bomba.
·        Menyediakan pelan strategik perakuan bomba tahunan dan 5 tahun.
·        Mengkaji keperluan perundangan dalam melaksanakan perakuan bomba.
·        Menyediakan panduan pemeriksaan ke atas premis atau bangunan.
·        Mengkaji keberkesanan perakuan bomba dalam mengurangkan bilangan       kebakaran.
·        Memantau pelaksanaan perakuan bomba.

5. Cawangan Pendaftaran Keselamatan Kebakaran
 
·        Memproses setiap permohonan pendaftaran.
o   Kontraktor Keselamatan Kebakaran.
o   Fire Inspection.
o   Kemudahan Keselamatan Kebakaran
o   Fire Safety Engineer.
o   Fire Safety Manager
o   Fire Safety Officer
·        Mengeluarkan senarai pendaftaran.
·        Mengkaji keperluan peralatan Pepasangan Keselamatan Kebakaran (PKK).
·        Mengkaji keberkesanan peralatan untuk menguji dan memeriksa PKK.

6.Cawangan Program Kesedaran Keselamatan Kebakaran
 
·        Menyediakan dasar dan pelan strategik keselamatan negara tahunan dan 5 tahun.
·        Mengumpul dan menganalisis maklumat keperluan latihan.
·        Menentukan keperluan latihan jabatan kepada orang awam.
·        Merangka dan melaksanakan progran kesedaran awam.
·        Memantau pelaksanaan program kesedaran keselamatan awam.

7. Cawangan Piawaian Keselamatan Kebakaran
 
·        Mengkaji keperluan sesuatu kemudahan Pepasangan Keselamatan Kebakaran.
·        Mengemukakan kepada SIRIM keperluan penggubalan sesuatu piawaian.
·        Mengurus penggubalan dan penggunaan standard.
·        Membuat pemantauan penggunaan dan pematuhan standard di tapak pembinaan.
·        Mengkaji dan menilai keberkesanan sesuatu peralatan di makmal penyelidikan.

Piagam Pelanggan

Komitmen kami adalah untuk memastikan semua premis terhindar dari risiko kebakaran.
Dengan itu kami berjanji akan:
·        Mengeluarkan perakuan pelan teknikal dalam tempoh tujuh (7) haridari tarikh permohonan yang lengkap.
·        Mengeluarkan surat pelepasan/sokongan menduduki bangunan(CCC/CFO) dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh pemeriksaan dengan syarat semua pepasangan keselamatan kebakaran telahdiuji baik dan disempurnakan.
·        Memproses permohonan sokongan lesen perniagaan dalamtempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.
·        Mengeluarkan Sijil Perakuan Bomba dalam tempoh lima (5) haridari tarikh pembayaran fi dibuat.
·        Memproses permohonan Sijil Perakuan Bahan dalam tempoh tujuh(7) hari dari tarikh permohonan yang lengkap.




AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988/AKTA 341


Bahagian I
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
2. Tafsiran

Bahagian II
PENTADBIRAN

3. Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pegawainya
4. Pelantikan Pegawai Bomba Bantuan
5. Tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat
6. Pakaian seragam dan kad pengenalan diri
7. Penjalanan kuasa dan pelaksanaan tugas

Bahagian III
PENGHAPUSAN BAHAYA KEBAKARAN

8. Notis menghapuskan bahaya kebakaran
9. Kuasa Ketua Pengarah untuk menghapuskan bahaya kebakaran di premis kosong atau tidak didiami
10. Kesalahan kerana tidak mematuhi notis menghapuskan bahaya kebakaran
11. Kuasa Ketua Pengarah untuk menghapuskan bahaya kebakaran apabila notis menghapuskan bahaya kebakaran tidak dipatuhiUndang-Undang Malaysia Akta341
12. Kuasa Ketua Pengarah untuk menghapuskan bahaya kebakaran dalam kes mendesak
13. Perintah tutup
14. Rayuan terhadap perintah tutup atau keengganan membuat perintah tutup
15. Pelupusan harta yang dipindahkan oleh Ketua Pengarah
16. Mendapatkan kembali perbelanjaan yang dilakukan dalam menjalankan kerja di bawah seksyen 11 
17. Mendapatkan kembali perbelanjaan yang dilakukan dalam menjalankan kerja di bawah seksyen 12 
18. Kuasa Pegawai Bomba semasa kebakaran
19. Kuasa Pegawai Bomba semasa kecemasan yang tidak melibatkan kebakaran
20. Perlindungan Pegawai Bomba dan Pegawai Bomba Bantuan
21. Kerugian disebabkan kebakaran hendaklah termasuk kerosakan akibat daripada menentang kebakaran





Bahagian IV
AIR DAN PILI BOMBA

22. Penstoran air dalam premis untuk tujuan menentang kebakaran
23. Notis bagi kerja yang menjejaskan pili bomba
24. Kewajipan pihak berkuasa air memberitahu Pengarah Negeri tentang apa-apa tindakan yang menjejaskan aliran air ke pili bomba
25. Kuasa memasang plat tempat pili bomba
26. Menyembunyikan dan menyalahgunakan pili bomba

Bahagian V
PERAKUAN BOMBA

27. Kuasa Ketua Pengarah untuk menentukan dan menetapkan penggunaan, saiz, atau tempat, tertentu sesuatu premis
28. Keperluan bagi perakuan bomba
29. Permohonan dan pengeluaran perakuan bomba
30. Bentuk perakuan bomba
31. Menetapkan fi bagi pengeluaran perakuan bomba
32. Perubahan keadaan yang menjejaskan kecukupan kemudahan keselamatan diri, dsb.
SeksyenPerkhidmatan Bomba  
33. Kesalahan berhubungan dengan perakuan bomba
34. Hak merayu
35. Kuasa mahkamah melarang atau menyekat penggunaan premis tertentu
35A. Kuasa Ketua Pengarah untuk memerintahkan kegiatan dihentikan dalam kes mendesak
35B. Rayuan terhadap perintah Ketua Pengarah supaya menghentikan kegiatan
36. Rayuan terhadap perintah larangan atau keengganan membuat perintah larangan


Bahagian VI
PENGUATKUASAAN

37. Penguatkuasaan Akta
38. Kuasa untuk masuk
39. Sekatan ke atas pendedahan maklumat
40. Kuasa untuk menangkap tanpa waran
41. Kuasa bagi penyiasatan
42. Kuasa menghendaki kehadiran saksi
43. Pemeriksaan saksi
44. Penjalanan pendakwaan


Bahagian VII
SIASATAN TENTANG KEBAKARAN

45. Siasatan tentang kebakaran
46. Mengambil milikan premis dan harta lain yang telah dirosakkan atau dimusnahkan oleh api
47. Kehadiran tanpa kebenaran dalam premis yang telah diambil milikan di bawah seksyen





Bahagian VIII
KUMPULAN WANG KEBAJIKAN

48. Penubuhan Kumpulan Wang
48A. Jawatankuasa Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan Perhidmatan Bomba Undang-Undang Malaysia Akta341  
48B. Wang bagi Kumpulan Wang hendaklah diperdapatkan hanya dengan kebenaran
49. Pentadbiran dan penggunaan Kumpulan Wang


Bahagian IX
PELBAGAI

50. Tugas khas dan perbelanjaannya
51. Mengganggu Pegawai Bomba dalam melaksanakan tugasnya
52. Kegagalan mematuhi arahan
53. Pemakaian pakaian seragam tanpa kebenaran
54. Pemalsuan dokumen, pernyataan palsu, dsb.
55. Kesalahan berkenaan dengan penggera kebakaran
56. Memberi laporan palsu mengenai kebakaran
57. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
58. Penalti am
59. Mengkompaun kesalahan
60. Kuasa memakai Akta bagi vesel dan struktur boleh alih
61. Penyampaian notis dan dokumen lain
62. Kuasa membuat peraturan-peraturan
63. Pemansuhan




Borang Permohonan Bagi Pembaharuan Perakuan Bomba


AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988
PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PERAKUAN BOMBA) 2001
BORANG III
(Perenggan 4(2)(a))
PERMOHONAN BAGI PEMBAHARUAN PERAKUAN BOMBA


Pengarah,
Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Negeri………………………………
Saya/ Kami………………………………………………………………………………………………………………….
ingin memohon pembaharuan perakuan bomba bagi premis ditetapkan yang berikut: (Nyatakan alamat
penuh premis ditetapkan)
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
2. No. rujukan tuan ialah:..…………………………………………………………………………………

*3. Saya/ Kami dengan ini mengakui bahawa tiada terdapat perubahan keadaan pada premis itu dan
dengan itu maklumat yang diberikan dalam Bahagian II permohonan saya/ kami berkenaan dengan
premis ditetapkan itu yang bertarikh …………………….. masih terpakai.

*4. Saya/ Kami dengan ini mengakui bahawa terdapat perubahan yang ketara pada premis itu,
dengan itu saya/ kami mengemukakan semula Bahagian II permohonan saya/ kami berkenaan dengan
premis ditetapkan itu.

(Sila ini Bahagian II Borang I Jadual A)

Tarikh:……………………………………..

Tandatangan pemohon:……………………………..

(Cop rasmi)




Sistem Pencegahan Kebakaran Untuk Bengkel

Sistem Mencegah Kebakaran Yang Ada Di Dalam BangunanPemasangan alat mencegah kebakaran di dalam bangunan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan:-
(i)Alat pasangan tetap
(ii)Alat pasangan tidak tetap
(iii) Alat-alat lain untuk isyarat-isyarat, pengesan asap, haba dan menyelamat

Pemasangan alat-alat ini adalah tertakluk kepada undang-undang atau peraturan atau berpandukan kepada ‘code of practice’ dan spesifikasi. Ini bererti alat-alat yang dipasangkanitu hendaklah diluluskan terlebih dahulu supaya alat-alat itu dapat memberi perkhidmatan atautindakan yang berkesan dan tidak membahayakan penggunanya


Jenis Alat-alat Pasangan

Tetap: Alat pasangan tetap ini dimaksudkan alat yang di pasangkan dengan tetap padabangunan-bangunan. Pemasangan alat-alat itu tidak boleh di ubah-ubah seperti yangdilakukan kepada alat pemadam api jenis buih, debu kering dan sebagainya.Jenis alat-alat pasangan tetap adalah seperti berikut:-

(i)Sistem pancur kering (Dry powder)

(ii)Sistem pancur basah (wet riser)

(iii) Alat bantu mula gelung hos (hose reel)

(iv)Sistem sembur ‘sprinkler’ (sprinklers system)

 (v) Alat pasangan tetap

(vi)Penggera kebakaran untuk mengesan haba (heat detectors)

(vii)Penggera kebakaran untuk mengesan asap (smoke detectors)

(viii)Lampu-lampu insyarat kecemasan (emergency lighting)

(ix)Tanda pintu keluar (exit signs)

(x)Lif bomba (fireman lift)

(xi)Sistem pengawalan asap bagi tangga (stairwell pressurization system)

(xii)Sistem pengawalan asap bagi lobi (lobby pressurization system)

(xiii)Telefon bomba (fireman intercommunication)

(xiv) Alat-alat pembesar suara (public address system)


Pancur kering

Pancur kering adalah sejenis paip yang dipasangkan turus menegak dari tingkat bawah ke tingkat atas satu-satu bangunan tinggi. Biasa bangunan tinggi yang lebih daripada60 kaki (5 tingkat) dan tidak lebih daripada 100 kaki adalah hendak dipasang dengan sistem pancur kering. Saiz paip adalah 4 inci garis pusat bagi tnggi tidak melebihi 75kaki dan 6 inci garispusat bangunan. Tingginya tidak melebihi 75 kaki (kurangdaripada 100 kaki). Paip itu biasanya dipasang pada bahagian tangga atau kaki limadigunakan oleh ahli bomba. Sistem ini mempunyai bahagian-bahagian berikut:-

(a) Injab untuk menerima air (breeching inlet valve) yang dipasangkandibawah tingkat bangunan dan biasanya mempunyai dua muncung (bagi paip 4"Ø) yang dilengkapkan dengan injap jenis ‘non return’ (two-way breeching inlet). Saiz tiap-tiap muncung itu ialah 2½ inci garis pusat. Bagi paip yang 6 inci garis pusatnya, muncung ‘inlet’ ialah empat. Pemasangan muncung ini dilengkapkan denagn sejenis peti yang ditanda dengan perkataan ‘Injap masuk Pancur Kering’ atau ‘dry riserinlet’.

 (b) Injap untuk membuang air (drain valve ) yang juga dipasangkanbersama-sama di dalam peti itu adalah untuk mengeluarkan air daripaip sistem itu setelah sistem itu digunakan.

 Paip sistem itu dipasangkan menegak dari tingkat atas sekali. Tiap-tiap tingkat bangunan paip ini di lengkapkan dengan injap untuk air keluar (landing valve) dimana hos bomba disambungkan. Dihujung paip itudipasangkan pada satu injap angin.

(d)Injap air keluar (landing valve) yang dipasangkan lebih kurang 3 kakitinggi dari paras muaka lantai di tiap-tiap tingkat bangunan ialah untuk menyambungkan hos bomba (2½"Ø canvas hose).

(e)Injap udara (air release valve). Injap ini ialah untuk membuangkan anginapabila sistem itu digunakan tanpa injap pengaliran air di dalam paipakan terganggu.Cara-cara Menggunakan Sistem Pancur Kering.Sistem ini dapat membekalkan air daripada pam itu biasanya menyedut air daripada pili bombayang ada berdekatan di situ. Air itu di alirkan melalui hos muncung air masuk (inlet valve) lalu airitu ditolakkan oleh kuasa pam dalam paip itu. Angin dalam sistem itu akan keluar melalui injapangin tetapi injap ini akan tertutup apabial air sampai ke injap.Ujian HaiderostatikPaip-paip pancur basah hendaklah diuji dengan tekanan 200 psi selama dua jam.Pemasangan.Pancur kering mesti di dirikan setingkat demi setingkat supaya dapat memberi perlindungansemasa pembinaan. Bagi bangunan yang melebihi 100 kaki tingginya, pancur kering hendaklah dipasang apabila bangunan sampai ke tinggi melebihi 60 kaki.4.3 Pancur Basah (Wet Riser)Sistem pancur basah ini ialah sejenis paip yang dipasangkan lurus menegak seperti pancur kering juga, tetapi paipnya biasanya 6 inci adalah sentiasa berisi air yang mempunyai tekanan. Sistem inisentiasa dipasangkan kapada bangunan yang lebih daripada 100 kaki tinggi.Bekalan air bagi sistem pancur basah biasanya dengan mengunakan pam-pam dan tangki airsebesar 10,000 gallon. Tekanan bagi injab air keluar tertinggi sekali ialah 4 bar (60 psi) dan aliran
sebanyak 1500 dm³/min (300IGPM), sebanyak 2 pam digunakan, satu merupakan ‘standby’. Pam-pam tersebut biasanya satu pam elektrik dan satu pam injin diesel. Dua pam elektrik boleh digunakan sekiranya terdapat bekalan kuasa ‘standby generator’ bagi bangunan.

Injap air keluar (landing valve) bagi sistem pancur basah ialah jenis ‘Pressure Reducing’. Injap-injap ini dipasangkan dengan injab butterfly yang boleh diubah supaya dapat mengawal tekanan dihos bomba (canvas hose) tidak melebihi 100 psig. Biasanya injap air dikeluar dikawal tidakmelebihi 75 psi. injap ini disambungkan kepada satu paip 4" garis pusat yang disambungkan balikke tangki air. Paip ini adalah paip air kembali ke tangki.


Alat Bantu Mula Gelong Hos (Hose Reel First Aid System)

Sistem gelong hos terdiri daripada satu dram keluli dimana satu tiub getah bersaiz ¾ atau 1 incidililitkan. Getah ini keras, panjangnya ialah kurang 100 kaki dan dihujungnya dipasangkan nozel(nozzle).Sistem ini mendapat bekalan air dari satu set pam dan tangki air minima 2000 gallon, 2400 gallon(biasanya) maksima 3200 gallon. Kadangkala bekalan air didapati dari sistem pancur basahdengan mengunakan valve pengurangan tekanan (pressure reducing valve). Paip system inibiasanya sebesar 2"Ø dan tekanan digelung tertinggi sekali ialah 30 psig dan aliran 5 igpm.Gelung hos dipasangkan pada tiap-tiap tingkat dan digunakan oleh penghuni-penghuni bangunan.Drum dipasangkan 3 kaki dari paras lantai.


Sistem Semburan Automatik (Sprinkler system)

Sistem paip ini mempunyai satu paip air pembekal, satu kumpulan injap-injap, saluran paip-paip airpembahgi (distribution pipe) dan kepala-kepala sprinkler. Kepala sprinkler ini ialah dimana tempatair akan menyembur, adalah dipasang pada saluran-saluran paip pembahagi.Fungsi-fungsi Sistem Sprinkler Adalah Seperti Berikut:-

1.Mengesan api.
2.Mempunyai loceng isyarat.
3.Bertindak dengan sendirinya untuk memadamkan kebakaran sebelum api itu    membesar.
4.Mencegah perebakan api.

Pemasangan sistem ini adalah berpandukan kepada ‘piawaian’ sama ada yang diterbitkan oleh
British, Amerika atau lain-lain negara. Kebiasaan digunakan kod-kod amali yang ditentukan oleh ‘Loss Prevention Council (LPC)’, England atau pun kapada peraturan yang dikeluarkan oleh National Fire Protection Associate (NFPA). Peraturan-peraturan yang dibuat oleh badan iniberubah sedikit dari masa ke semasa di mana perlu supaya mendapat taraf yang lebih cekapmengikut peralihan masa.Kepala SprinklerKepala sprinkler ini dipasangkan dengan jarak yang tertentu diantara satu dengan yang lain,berdasarkan kepada jenis-jenis bahaya yang ada pada lantai yang dilindunginya.Kepala sprinkler adalah dua jenis:-

1. jenis logam yang mudah cair (fusible link).
2.sejenis bulb (mentol) yang berisi dengan sejenis cecair yang mudah mengembang(quartzoid bulb).

Kegunaan kepala sprinkler ialah untuk menahan tekanan air yang ada pada paip-paip itu. Apabilaianya kena kapada haba, mengikut suhu darjah yang ditentukan. Logam atau mentol itu akanputus atau pecah dan membuatkan air menyebur keluar untuk memberi perlindunagan kepadalantai dibawahnya. Kepala sprinkler jenis logam mudah berkarat dan dengan ini kepala jenismentol menjadi lebih terkenal. Tiap-tiap kepala sprinkler ini di berikan warna tertentu bagimenandakan peringkat-peringtkat suhu tiap-tiap satu akan bertindak. Warna-warnanya ialah:-


Kepala Sprinkler Jenis Logam Suhu BertindakTiada warna 68-74°C
Putih 93-100°C
Biru 141°C
Kuning 182°C
Merah 227°C



Warna Kepada Sprinkler Jenis Mentol(quartzoid Bulb) Suhu Bertindak
Oren 57°C
Merah 68°C
Kuning 79°C
Hijau 73°C
Biru 141°C
Menine (Mauve) 182°C
Hitam 204-260°C
Bekalan Air Sistem ini hendaklah mendapatkan bekalan air daripada salah satu punca atau kombinasidaripada punca-punca berikut:-

1.Saluran air JKR (Town Main)
2.Dari tangki air yang dipasang khas di tempat yang tinggi (elevated) iaitu denagnmenggunakan kuasa gravity.
3.Tangki khas yang dikenakan tekanan (pressure tank)
4.Pam khas yang bertindak secara automatik.
5.Kolam khas yang dibina ditempat tinggi.Kuantiti-kuantiti air, kuasa pam, besar saluran-saluran paip, kesan geseran hendaklah dihitungdengan teliti supaya menentukan sistem ini benar-benar memberi tindakbalas semasa kebakaran.Pemasangan sprinkler ini bergantung kepada jenis-jenis bahaya yang ada pada satu-satu tempatdan jenis-jenis bahaya boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
a) Sistem bagi bahaya-bahaya sederhana (extra light hazard)
 – seperti hotel, hospital,muzium, sekolah dan pusat pengajian, penjara dan sebagainya. Tiap-tiap kepala sprinklermemberi perlindungan seluas 21 m² dan jarak antara tiap satu kepala sprinkler ialah tidakmelebihi 4.6 m.

b) Sistem bagi bahaya-bahaya biasa (ordinary hazard) seperti di bangunan perusahaan.Bahaya biasa dibahgikan kepada empat kumpulan iaitu:-
Kumpulan I -Bahaya biasa taraf ringan seperti restoran, kilang simen, kilang gelas,
kilang ais.
Kumpulan II - Bahaya biasa taraf sederhana seperti bengkel injin kapal terbang,perusahaan dobi, kilang teh, kerja-kerja kejuruteraan, kilangbiskut, garaj membaiki kereta dan sebagainya.
Kumpulan III - Bahaya biasa taraf tinggi biasanya kilang kasut, kilang kain,kilang plastik dan sebagainya.
Kumpulan IV - Bahaya dalam kumpulan ini seperti studio filem dan televisen,kilang mancis, kilang penapis minyak.Tiap-tiap kepala sprinkler memberi perlindungan 12 m² dan jarak antara tiap-tiap satu kepala sprinkler ialah tidak melebihi 4 m.c)


PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN

A. TUJUAN

Standard Operating Procedures (SOP) - Pelan Tindakan Menghadapi
Kebakaran disediakan adalah untuk menentukan:

1. Pegawai/kakitangan dapat bertindak dengan tenang dan selamat
semasa diancam bahaya kebakaran;
2. Pengawal keselamatan, Pegawai Keselamatan Kebakaran (PKK),
syarikat penyelenggara bangunan dapat melaksanakan
tanggungjawab mereka dengan selamat, teratur dan berdisiplin
semasa menghadapi kebakaran;
3. Kemudahan untuk menyelamat diri yang ada dapat digunakan
mengikut perancangan awal dengan selamat; dan
4. Pemindahan penghuni daripada bangunan dapat dilakukan dengan
teratur dan pantas.





B. PENGGUNAAN DAN SKOP SOP

1. Tujuan SOP ini adalah untuk digunakan oleh semua yang terlibat iaitu
pegawai, pengawal keselamatan,kakitangan unit keselamatan, pegawai keselamatan kebakaransemasa di ancam kebakaran.
2. SOP ini digunakan bagi menentukan pelan tindakan menghadapi
kebakaran dilaksanakan secara seragam, terancang dan memenuhi
segala prosedur keselamatan jika berlaku kebakaran di bengkel.
Perbendaharaan .

C. RINGKASAN PROSEDUR

Pencegahan kebakaran adalah merupakan langkah penting semasa berlaku
kebakaran dan dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan yang telah
ditetapkan. Secara umumnya jika mengesan sesuatu kebakaran dilokasi-lokasi tertentu, tindakan-tindakan berikut perlu diambil iaitu:
1. Membunyikan penggera kebakaran;
2. Cuba melawan kebakaran jika kebakaran kecil;
3. Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat,
Pegawai keselamatan kebakaran (PKK), pengawal keselamatan dan
pihak penyelenggara bangunan;
4. Menghentikan mesin/proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa;
5. Memastikan semua dokumen-dokumen penting disimpan dan dikunci
di dalam kabinet besi;
6. Berkumpul di tempat yang selamat (Assembly Point [AP]) dan
mengambil kedatangan; dan
7. Mengosongkan bangunan (pengungsian).





No comments:

Post a Comment